Basikal

25 05 2007

Basikal. Bahasa Perancis: Vélo. English: Bicycle. Kelaté: Ssika. Kedah : Gérek…

Terlalu banyak kisah untuk diceritakan tentang basikal. Berbasikal adalah kenderaan pertama aku selepas lama berjalan di atas kaki sendiri (berjakari), kerana berdikari = berdiri di atas kaki sendiri.

Aku belajar naik basikal dengan basikal bertayar empat, kemudian tiga, dan dua. Satu tayar masih belum belajar.

Aku mendapat basikal pertama “Harimau” yang berkilau selepas mendapat no 1 dalam peperiksaan ketika darjah 2 (kerana darjah satu aku mendapat no 2, dan hanya no 2 sepanjang tahun!),  pernah jatuh ke dalam parit, dan aku pernah ke rumah datuk aku menaiki basikal, cerita lama yang menjadikan aku sangat terkenal.

Erm, mungkin tidak pelik, kerana semua orang tahu aku gila!

Di Perancis, aku pernah 2 kali jatuh basikal.

Pertama, ketika di Colmar.

Suatu malam, ada ‘ikram’ (arab: keraian, istilah yang digunakan di sini untuk kenduri di masjid- makan di masjid, best!) di masjid Nasihat, dan kami pelajar Malaysia dijemput.

Sahabat-sahabat senasib (Malaysians) balik selepas solat Maghrib kerana ada kelas Matematik keesokan harinya, tapi aku memilih untuk menunggu Isya’. (Bukan bererti aku terer matematik, malah sebaliknya!)

Pulang dari masjid, berbasikal, ketika menuruni bukit, aku tersilap menggunakan laluan kereta. Laluan basikal sepatutnya di atas kaki lima. Sekali pandang, kaki lima itu tidaklah tinggi sangat daripada paras jalan raya, dan aku dengan selamba ke kanan untuk kembali ke laluan basikal, tanpa mengurangkan kelajuan…

TAPI, kaki lima tersebut sebenarnya agak tinggi dan…

AKU TERPELANTING MACAM NANGKA BUSUK!

Tersembam.

Nasib baik tindak balas aku cepat, berjaya mendarat dengan selamat. Mendarat dengan baik, walaupun lututku sedikit luka, tersangkut di basikal…

Aku masih ingat, aku jatuh tidak jauh daripada seorang lelaki yang baru keluar daripada rumahnya. Dia yang ketika itu berdiri di kaki lima ingin mengunci pintu rumahnya, sangat terkejut.

“Ca va?”-Awak tak apa²?

“Ca va bien,”-ok, jawabku, “Pas de problème”-tiada masalah.

Kemudian, mengambil basikal dan mengayuh pulang, __________ dan __________. (Aku tidak tahu apa adjektif yang patut aku pakai untuk mengisi tempat kosong!)

Kedua, petang Jumaat 25 Mai 2007.

Aku kini menjalani latihan praktikal di UNML, di 61 Rue Pierre Cazeneuve, 31200 Toulouse. Dekat dengan Etap Hotel. Dengan menggunakan perkhidmatan awam (bus+metro+jalankaki) aku mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke pejabat. Lagi, tambah 10 minit jika aku terlepas bas. Aku mana suka menunggu!

Dengan basikal, aku hanya perlukan 40 minit maksimum (jika angin sangat kuat, dan aku yang pancit). Sekarang, tempoh tersebut sudah mencapai bawah 30 minit- alah bisa tegal biasa!

Erm, sebenarnya pernah sekali sejam lebih kerana tayar depan bocor terpijak paku pada hari pertama aku berbasikal!

Banyak faedah berbasikal. Kerana dapat bersenam, bayangkan 30 minit pergi dan 30 minit balik, 5 hari seminggu. Aku tidak perlu bimbang langsung untuk bersenam!

Dan, juga mencuci mata, di sepanjang laluan canal. Ramai yang berjoging, lelaki dan perempuan, tua dan kebanyakkannya muda, terutama di hari panas…(Astaghfirullahal Aziim)

Tapi berbasikal, anda perlu berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu. Panas, sejuk, dan… hujan!

Petang ini hujan turun dengan lebatnya. Pagi, ketika turun dari rumah, cuaca sangat bagus dan aku hanya berT-shirt. Aku agak pening memikirkan cara untuk pulang ke rumah. Petang (pukul 1930, masih petang kerana Maghrib sekarang 2130) nanti ada rendez-vous!

Akhirnya aku pulang dengan berbasikal dan, berpayung!

Sebelah tangan memegang payung, dan sebelah lagi memegang handle, membrek dan menukar gear. Lenguh? Bertukar tangan!

Untuk makluman, laluan canal(terusan) menyambungkan Pont Jumelle (tempat permulaan canal du midi) dan Complèxe Scientifique de Rangueil. Untuk mengelakkan daripada penunggang basikal menyibukkan diri dengan trafik normal, di kebanyakan jambatan yang merentasi canal, laluan bawah jambatan dibina. Sempit, dan hanya cukup untuk satu basikal…

Hendak dijadikan cerita, ketika menuruni cerun melalui salah satu daripada laluan tersebut, seperti biasa aku membunyikan loceng untuk memastikan tiada orang lain yang sedang melalui tempat tersebut. Loceng basikalku berada di sebelah kiri handle, dan brek sebelah kiri adalah brek depan.

Dengan penuh gaya, tangan kanan memegang payung, tangan kiri menekan loceng sambil membrek…

DAN, aku jatuh tersembam kerana tayar depan terkunci dan inertia daripada belakang…

Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana berjaya mendarat dengan baik, tanpa sebarang luka. Hanya seluarku yang koyak sedikit, itupun aku sangat bernasib baik kerana tebal. Lutut dan tapak tangan juga agak sakit, kerana aku jatuh beralaskan lutut dan tapak tangan.

Tapi, yang pasti, aku sangat bernasib baik untuk tidak jatuh ke dalam canal!

Mangsa yang agak parah mungkin payungku yang baru kubeli. Patah satu jejari…

Kali ini tiada saksi, kecuali seekor anjing milik SDF (sans domicile fixe: yang tiada rumah) yang bermastautin di bawah jambatan sebelah satu lagi!

Dan, dengan lutut yang ‘cedera’, di bawah hujan, aku menyambung kayuhan balik ke rumah…


Tindakan

Information

2 responses

30 04 2009
zamarul

Terima kasih kerana cerita ttg faedah berbasikal.

24 01 2011
cik puan mazlan

wah menariknyer… best jugak pengalaman gitu

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: