Haih. Ada caranya, bro!

13 02 2010

sy ******* ****** (2***)..plaja mtaq..
nk tnye..g ari2 guno gapo???
mitop biasiswa guano??? ko self-sponsored??

Baru-baru ini aku menerima mesej di atas, daripada seorang pelajar MTAQ, seperti di atas.
Masih belum kujawab.

Hmm, mungkin tidak adil bagi yang bertanya. Tapi prinsipku berkata tidak – kerana sepatutnya pelajar MTAQ punya tulisan yang lebih bagus. Yang lebih ‘mesra’, sebagai mesej pertama kepada yang tidak dikenali.

Isunya kecil, tapi sebenarnya punya impak yang sangat besar. Cara anda menulis, pilihan kata-kata anda, dan penampilan anda sebenarnya dinilai. Kita sentiasa dinilai, sedar atau tidak, suka atau tidak.

Tiada salahnya mulakan mesej dan kata anda dengan Salam, sebagai tanda hormat. Kemudian dengan memperkenalkan diri anda, sebagai tanda anda manusia bukan ungka. Tanyalah khabar, tanda anda mengambil berat, dan pendengar yang baik.

Tidak rugi. Malah, sangat mudah.

Setiap sesuatu ada caranya: Kita diajar sedari kecil untuk makan dengan tangan kanan, basuh berak dengan tangan kiri. Masuk masjid kaki kanan, keluar masjid dengan kaki diri…

Boleh, kan?


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.