Sekiranya anda masih ingat, itulah ucapan Hang Tuah lakonan Allahyarhan Tan Sri P Ramlee, tatkala mendaki Gunung Ledang menemui Tok Guru Adiputra.
Sangat menarik untuk dibincangkan.
Kerana kehidupan kita juga mengikut lumrah yang sama.
Setiap langkah yang kita pilih tiada pusingan U, ataupun gear R.
Hanya ada satu jalan, ke depan.
Kerana itu, setiap langkah perlu dipilih dengan betul.
Supaya nanti tiada penyesalan.
Namun, hidup tidak semudah itu. Akan sentiasa ada musuh, seperti yang diriwayat oleh Anas bin Malik ra.
- Orang mukmin yang dengki kepadanya
- Orang munafiq yang membencinya
- Orang kafir yang memeranginya
- Syaitan yang hendak menyesatkannya
Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya