Some words to share…

11 04 2010
Il y a toujours un peu de vérité derrière les «je rigole», un peu de curiosité derrière les «je me demandais juste», un peu de savoir derrière les «je sais pas», un peu de mensonge derrière les «je m’en fous», un peu de souffrance derrière les «ça va merci».

There’s always a little truth behind “I’m joking”, a little curiosity behind “I’m just wondering”, a little knowledge behind “I don’t know”, a little lies behind “I don’t care”, a little pain behind “I’m fine, thanks.”





Sekali Melangkah Pantang Undur…

11 04 2010

Sekiranya anda masih ingat, itulah ucapan Hang Tuah lakonan Allahyarhan Tan Sri P Ramlee, tatkala  mendaki Gunung Ledang menemui Tok Guru Adiputra.

Sangat menarik untuk dibincangkan.
Kerana kehidupan kita juga mengikut lumrah yang sama.

Setiap langkah yang kita pilih tiada pusingan U,  ataupun gear R.
Hanya ada satu jalan, ke depan.

Kerana itu, setiap langkah perlu dipilih dengan betul.
Supaya nanti tiada penyesalan. 

Namun, hidup tidak semudah itu. Akan sentiasa ada musuh, seperti yang diriwayat oleh Anas bin Malik ra.

  1. Orang mukmin yang dengki kepadanya 
  2. Orang munafiq yang membencinya
  3. Orang kafir yang memeranginya
  4. Syaitan yang hendak menyesatkannya

Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya





Jubli Perak: 25 Tahun!

18 02 2010

Isnin      05 Rabiul Awal 1406.
Jumaat 05 Rabiul Awal 1431.

25 tahun sudah kuhidup di bumi Allah swt, dengan limpah dan inayah-Nya.
Syukur Alhamdulillah, kumasih diberi peluang untuk hidup dengan nikmat Iman, nikmat Islam, nikmat sihat tubuh badan, nikmat sihat akal, dan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.

Walau hamba kerdil ini selalu alpa. Lemah, selalu kandas dengan godaan dan cubaan…

Matematik mudah, umur yang tinggal sudah tidak banyak : 40% sudah dilalui. Hanya tinggal 39 tahun.

“Ya ALLAH, kasihanilah aku, ampuni dosa-dosaku, dan kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjagaku ketika kecil.

Ya ALLAH, bantulah aku dalam mengingati-Mu, dalam bersyukur pada-Mu, dan keindahan beribadah pada-Mu.

Ya ALLAH, rahmatilah aku dengan Al-Quran, jadikanlah al-Quran sebagai pemimpin, petunjuk dan rahmat bagiku. Jadikanlah al-Quran pembelaku.

Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah pada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhilah kami daripada azab api neraka.”





Haih. Ada caranya, bro!

13 02 2010

sy ******* ****** (2***)..plaja mtaq..
nk tnye..g ari2 guno gapo???
mitop biasiswa guano??? ko self-sponsored??

Baru-baru ini aku menerima mesej di atas, daripada seorang pelajar MTAQ, seperti di atas.
Masih belum kujawab.

Hmm, mungkin tidak adil bagi yang bertanya. Tapi prinsipku berkata tidak – kerana sepatutnya pelajar MTAQ punya tulisan yang lebih bagus. Yang lebih ‘mesra’, sebagai mesej pertama kepada yang tidak dikenali.

Isunya kecil, tapi sebenarnya punya impak yang sangat besar. Cara anda menulis, pilihan kata-kata anda, dan penampilan anda sebenarnya dinilai. Kita sentiasa dinilai, sedar atau tidak, suka atau tidak.

Tiada salahnya mulakan mesej dan kata anda dengan Salam, sebagai tanda hormat. Kemudian dengan memperkenalkan diri anda, sebagai tanda anda manusia bukan ungka. Tanyalah khabar, tanda anda mengambil berat, dan pendengar yang baik.

Tidak rugi. Malah, sangat mudah.

Setiap sesuatu ada caranya: Kita diajar sedari kecil untuk makan dengan tangan kanan, basuh berak dengan tangan kiri. Masuk masjid kaki kanan, keluar masjid dengan kaki diri…

Boleh, kan?





You Raise Me Up, Thank You!

23 01 2010




Apa khabar bakal Jenazah?

23 01 2010

“Assalamualaikum,
Apa khabar bakal-bakal jenazah sekalian?”

Sekadar ingin berkongsi mukadimah Kursus Tajhiz Jenazah hari ini.
Sekadar mukadimah, kerana anda mungkin lebih arif dengan pengisian Kursus sebegini.

Baca baki entri ini »





I’m Back!

23 01 2010

Last year i promised that i’ll be back here, writing and sharing something.

Here I am!

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful…