Ke Mana?

5 02 2005

Hari ini hari kedua aku lewat sampai ke rumah.Semalam pukul 8 lebih dan hari ini sejam lebih lewat. Semuanya disebabkan persoalan ‘ke mana?’

Semalam kami memulakan kelas selepas seminggu bermastautin di La Bresse, pergunungan Vosges. Pengalaman ski yang agak menarik. Anda boleh melihat gambar saya dengan melawat http://mohdnurhakimin.fotopages.com.

Berbalik pada persoalan di Colmar,semalam Georges Pierron daripada SFERE datang ke Colmar untuk menerangkan tentang program kali dan sedikit sebanyak tentang masa depan di IUT.Bagi pelajar TELEKOM mungkin bukan satu masalah besar untuk memilih kerana ini bukan kali pertama TELEKOM menghantar pelajar ke Perancis, justeru mereka ada saluran untuk berkongsi pengalaman.Namun bagi kami agak berbeza. Kamilah pelajar pertama PETRONAS dan kamilah golongan pertama yang datang ke negara ini untuk mengambil jurusan perakaunan.Lagi,tentu sekali pelajar sastera berdepan dengan lebih banyak masalah berbanding pelajar aliran sains. Dan, inilah yang agak menakutkan. Tambahan, M Pierron semalam ‘menakutkan’ aku dengan pencapaian matematik aku yang agak sakit. Tapi,dia tetap berjanji untuk memberi peluang padaku untuk mengambil jurusan yang kuinginkan,dan berjanji untuk mencari IUT yang sanggup menerima diri ini.
Agak sedih juga apabila kita dipandang rendah.Tapi,inilah nasib mereka yang ingin menukar bidang.Rasanya, sekiranya aku sekarang di Shoubra,Mesir ataupun di mana-mana institut pengajian agama,keadaan tidak akan menjadi begini. Tapi,fikir-fikir balik,keadaan sebegini lebih menguntungkan.Sebagai ‘underdog’ aku tidak akan menerima tekanan sebagaimana yang dihadapi oleh ‘favourite’. Juga aku akan mendapat IUT yang sanggup mengambil berat tentang diriku.Aku tidak kisah sangat untuk bekerja lebih masa, asalkan aku dapat apa yang kuinginkan…

Seharian berfikir untuk menentukan bidang apa yang bakal kupilih.Kami ada tiga pilihan;sebagaimana yang disyorkan oleh M Pierron, iaitu

  • GEA-dengan Matematik, dan lebih berorientasikan pengurusan dan pentadbiran
  • Tech de Co-juga dengan Matematik,tetapi lebih kepada marketing
  •  GACO-tanpa Matematik,lebih kepada pekerjaan sebagai setiausaha

Memang aku agak takut dengan Matematik.Namun,aku tahu,apa yang aku belajar dan menghadapi sedikit masalah dalam pembelajaran ialah matematik untuk engineer,bukan untuk perakaunan.
Untuk mencari kepastian,aku menelefon Khalil,teman se-MTAQ yang kini mengambil jurusan ACCA,untuk bertanyakan tentang matematik yang dipelajarinya.Katanya,langsung tidak susah…

DAN,hari ini selepas kelas,aku ke masjid untuk berjumpa dengan Hatim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid yang juga seorang akauntan.Semasa menunggu Isya’,aku sempat menyertai halaqat al-Quran di masjid.Sesuatu yang agak sukar untuk aku ikuti memandangkan qiraat yang digunapakai ialah qiraat Warsy. Untuk mencari ayat yang dibaca dalam al-Quran mashaf Warsy juga agak mengambil masa bagiku,kerana yang mashaf kuguna hari ini tidak tercatat nombor juzu’,tetapi hanya nombor hizb.Mula-mula pening juga kenapa semuanya juzu’ 24…
Alhamdulillah,aku masih lagi dapat membaca dengan Qiraat WArsy. Tapi,aku hanya baca mengikut Imam Syatibi kerana ‘Asyarah Kubra aku tidak berapa ingat…


Selepas solat Isya’,Alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan Hatim dan dapat membincangkan tentang jurusan apakah yang patut aku ambil.Aku sudah dapat jawapannya. Cuma yang tinggal sekarang ialah bandar mana yang bakal kupilih. Ikutkan hati,tentu sekali Lyon, kerana itulah tempat yang sentiasa disebut-sebut oleh Ustaz Shahruddin.Tapi,adakah IUT di Lyon ingin menerima pelajar handicap seperti aku? Wallua’lam.Semoga aku,sahabat-sahabat di sini dan seluruh umat Islam dipermudahkan oleh ALLAH swt dalam membuat keputusan.
Tamat perbincangan, Hatim bertanya kepadaku bagaimana aku hendak balik.Kujawab,”dengan bas.”
Sebenarnya waktu itu memang sudah agak lewat,dan besar kemungkinan bas sudah habis,dan dia memintaku tunggu dalam setengah jam sehingga tamat mesyuarat, dan dia akan menghantarku balik.Tapi, aku tidak ingin menyusahkannya…
Dia akhirnya mengalah dan berkata,”Pergilah tengok bas kalau ada.Jika tiada baliklah ke sini.”
Di sana memang ada bas yang hanya sempat kulihat ketika melintas jalan.Memandangkan aku tidak ingin menyusahkan Hatim,aku melangkah pulang.Boleh tahan.Sejam berjalan kaki untuk sampai ke Masjid Nasihat dari Avenue de Fribourg…

Aku sentiasa terkenangkan masjid.Dan bagiku, untuk mencari ketenangan, rumah-rumah ALLAH adalah tempatnya…
 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: