SUATU HARI DI HUJUNG MINGGU

10 02 2005

 Sedih. Bagaikan salji putih yang ditakdirkan turun hari ini.
Aku tidak tahu kalau-kalau ada kiasan yang mengatakan salji itu sedih. Biasanya dalam filem melayu,kalau adegan sedih memang sentiasa hujan…

Hari ini aku sangat teringin untuk terus ke masjid. Tapi, hari ini salji turun dengan sangat lebat. Semuanya sudah putih. Agak sukar untuk berbasikal selama lebih kurang 20 minit dalam salji yang lebat…

PROF kami hari ini ialah Giovanna, yang agak gila-gila bahasa tapi sangat tegas dalam pendiriannya. Perkara pertama yang ditimbulkannya hari ini ialah tentang jadual pembelajaran kami. Aku tahu dia sangat bimbang tentang 1000 jam yang perlu kami habiskan di sini, dan juga tentang pengurusan masa yang agak ‘sakit’ oleh IUT.
Sangat pelik kerana kami pelajar PETRONAS sudah lama memulakan kelas kimia dan akan memulakan kelas Gestion minggu depan pada setiap Rabu,tapi bagi pelajar TELEKOM, mereka masih belum ada apa-apa pada hari tersebut. Sakit hati juga apabila melihat mereka. Mereka menganggapnya sebagai cuti, tapi kami sangat takut kerana kami ada 1000 jam untuk dihabiskan sehingga Jun.Bagaimana kalau kami pelajar PETRONAS pun akan mengalami masalah disebabkan mereka lambat menamatkan jam mereka.
Apa yang jelas,kelas bahasa tidak akan diadakan dengan hanya separuh daripada kami…

Aku teringat pada dua perkara yang telah membuatkannya tiba-tiba berubah angin. Yang pertama ialah tentang hipokrit. Sesuatu yang sangat penting kerana ia berkait langsung dengan kepercayaan,katanya. Kepercayaan sangat mahal kerana sangat sukar untuk kita dapat, tetapi terlalu mudah untuk kita hilang.
Ini mengingatkan aku pada ayat 119 yang telah dibaca oleh Imam Basyir semalam. Apakah aku termasuk daripada mereka yang benar?
Satu lagi yang menyebabkan Giovanna tiba-tiba berubah angin ialah apabila bercakap tentang suami isteri.

Sesuatu yang aku tertarik pada sifat Giovanna ialah dia dapat tiba-tiba bertukar serius. Tadi, apabila ada antara kami yang bergurau tentang keluarga dan suami isteri, tiba-tiba dia bercakap tentang peranan isteri. Sebagaimana perempuan Eropah lain, diskriminasi jantina sangat sensitif.

Hari ini dia bercakap tentang hak wanita yang tidak hilang walaupun dia sudah bergelar isteri. Dia sangat marah apabila ada yang berpandangan apabila berkahwin, wanita mesti sentiasa patuh bagaikan orang bodoh pada sang suami. Juga, suami isteri mestilah sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan antara mereka. Seterusnya, hari ini Giovanna bercerita tentang sebab kenapa dia mengalami fobia…
Dan,hari ini aku masih lagi dengan penyakit lama apabila ada dictée dengan Giovanna.Tapi hari ini lebih parah sedikit kerana aku hilang 1,5 markah(yang sudah pasti),memecahkan rekod lama, kurang satu markah daripada markah penuh dalam setiap dictée! Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada kehilangan nikmat-Mu, daripada terjejasnya kesihatan, daripada datangnya musibah-Mu, dan daripada segala kemarahan-MU. Ya ALLAH,kurniakanlah kepada-Ku petunjuk, ketakwaan, keampunan, dan kekayaan.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: