ANTARA ST VALENTIN DAN KAAB IBN MALIK

14 02 2005

 Selamat Hari Lahir buat adikku, Nurul Ain… 14 Februari, tarikh yang disambut oleh jagat manusia sebagai hari kekasih.

Aku banyak mendengar cerita tentang asal-usul sambutan hari Valentine.Antaranya boleh anda rujuk : http://www.ahya.org/amm/modules.php?name=Sections&op=viewarticle&artid=115

Menurut apa yang kami belajar di dalam kelas tadi (kerana budaya Perancis juga adalah bidang yang perlu kami tahu),  sambutan ini berasal dari United Kingdom pada kurun ke-14 dan dibawa masuk ke Perancis oleh seorang penyair Perancis bernama Charles d’Orleans yang pernah dipenjarakan di sana selama 25 tahun. Ketika itu,sambutan hari Valentin lebih merupakan kontrak kepada pasangan selama setahun. Dalam tempoh masa itu, pasangan tersebut tidak boleh keluar dengan orang lain. Biasanya hubungan ini berakhir dengan perkahwinan.Namun, adat seumpamanya kini telah ditinggalkan oleh generasi kini… Itulah apa yang tertulis dalam teks yang kami belajar tadi. Yang sangat menarik ialah, prof kami,yg mengajar tajuk ini ialah yang paling senior antara semua prof kami. Aku ingat dia sangat (ataupun agak) teguh dengan agamanya, tapi dia sendiri tidak tahu apa asal usul hari Valentin. Agak mengejutkan juga apabila dia terus terang mengatakan kepada kami bahawa apa yang ada dalam Bible itu diragui kesahihannya, kerana ditulis lama selepas Jesus Christ. Kemudian, dia selamba mengutuk pihak Vatican City, sambil membawa persoalan yang ditimbulkan dalam buku Da Vinci Code, yang mengatakan Jesus pernah berkahwin dan mempunyai keturunan sehingga hari ini. Lagi,dia sempat mempersoalkan kewujudan Jesus… Rasanya tidak perlu kutulis panjang tentang cerita Jesus kerana umumnya semua Muslim sudah maklum dengan cerita Nabi Isa as… Belajar selama 8 jam sehari agak memenatkan. Beberapa kali aku tengok jam,memerhatikan baki masa yang tinggal… Selepas kelas, aku ke masjid untuk mengambil basikal yang kutinggalkan semalam. Sekali lagi hari ini,aku terlambat dan terlepas solat Maghrib berjemaah. Selepas solat,aku menyertai halaqah al-Quran bersama jemaah lain. Agak sukar juga aku bagi aku kerana mereka membaca dengan riwayat Imam Warsy, dan dengan nada yang agak ‘lain’. “Ca va?” Selepas tamat, Imam Basyir bertanya padaku,” Vous allez bien faire le Quran avec nous?” Aku hanya tersenyum sambil menjawab,”Ca va,mais j’ai pas encore d’habitude avec riwayat Warsy!” Itulah antara masalahku di sini. Arab yang makin hilang,dan English yang sudah berbunyi French. Seorang kenalan baru dari Maroc, Khaled, hanya tersenyum bila aku berkata demikian padanya. Dia pantas menasihatiku agar banyak bergaul dengan orang di sekeliling untuk cepat mahir berbahasa dan supaya rajin-rajin membaca dengan suara yang kuat untuk melatih mulut kita supaya tidak terbelit… AKU sangat tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh Imam Basyir tentang seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama Kaab ibnu Malik, sebagaimana yang tercatat dalam surah at-Taubah ayat 117 hingga 119. Cerita tentang seorang sahabat yang ketinggalan dalam menyahut seruan jihad fi sabilillah. Betapa seorang sahabat diuji hanya kerana terlepas daripada menyahut seruan jihad, bukannya menolak tetapi kerana malas(sebagaimana dalam tafsir al-Wajiz karangan Dr Wahbah az-Zuhaili. Kaab ibnu Malik diuji dan dipinggirkan,sehingga bumi ini dirasakan olehnya sempit. Dan, dalam keadaan tersepit itu datang padanya suatu surat daripada kaumnya. Kaumnya mengajaknya pulang kepada mereka, kerana Rasulullah saw,menurut mereka, sudah tidak lagi menghargainya. Juga, sekiranya dia pulang, dia akan dikurniakan pangkat dan kebesaran. Namun,Alhamdulillah dia tetap teguh.Sehinggalah beberapa lama,barulah taubatnya diterima. Inilah yang pernah berlaku pada seorang sahabat ra. Kaab ibnu Malik sebenarnya terkenal dengan kebaikan dan sifatnya yang terpuji, tetapi disebabkan kesilapan tersebut dia dihukum sedemikian rupa… ASTAGHFIRULLAH, aku mengeluh sendiri.Kufikirkan diri sendiri, apakah yang telah aku buat untuk ISLAM… “Ya ALLAH,hidupkanlah aku sebagai seorang ulama’,matikanlah aku sebagai seorang syuhada’, himpunkanlah aku bersama kumpulan para auliya’,dan masukkanlah aku ke syurga-Mu bersama para Anbiya’.Amin.”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: