AS SIDQ

15 02 2005

 Aku mulakan hari ini dengan menerima mesej daripada seorang sahabat lama . Yang  lama tiada khabar berita.

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang agak memenatkan, terutama pada yang aktif.
Aku di sini,walaupun tiada aktiviti luar, sudah cukup penat.
Alhamdulillah, minggu ini tidaklah padat sangat…

Pagi ini aku terlewat ke sekolah.Sejam. Semuanya sebab planning yang silap. Memang kami telah sepakat kelas akan dimulakan pada jam 0800, tapi planning yang kami dapat tercatat 0900. Ingatkan sengaja diubah disebabkan sesuatu masalah, rupa-rupanya ia satu kesilapan.


Bengang juga dengan orang yang tahu tapi menyembunyikan kebenaran…
Kasihan Sylviane, nampaknya dia agak marah. Mungkin kerana dia telah bersusah-payah datang awal tapi yang ada hanyalah 3 orang.

Hari ini hari pertama kami mulakan kelas intensif 8 jam sehari.Boleh tahan penatnya(walaupun aku kurang sejam).Minggu depan ada lima hari lagi untuk kelas intensif bahasa. Semasa balik makan tengah hari,aku terima email daripada Martine Sengelin tentang kelas matematik esok yang hanya akan diadakan 4 jam.Bolehlah rileks sikit.Biasanya,kalau hari Jumaat, kami ada kelas math selama 8 jam yang habis jam 1845.
Semasa rehat tengah hari terpaksa berkejar untuk ke masjid dan makan. Hidup yang langsung tidak aku minat. Alhamdulillah,esok bolehlah aku rehat dan bertenang di Masjid. Bolehlah iktikaf lama sikit sambil bertemu dengan saudara-saudara di masjid.

Malam tadi berlaku satu perkara yang agak bodoh juga. Balik dari sekolah,buka awek SONY aku,ada mesej dari seorang sahabat. Lepas layan One Piece,aku balas mesej,dan pergi ke bilik PP untuk buat kerja rumah (macam biasa-last minute).Aku asyik tertanya-tanya, kenapa aku lapar.
Sampai bilik PP baru aku perasan, aku belum makan malam…
Padan muka aku.Tidurlah dengan kelaparan…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: