SELAMAT HARI ASYURA

19 02 2005

 Hari ‘asyura,hari kesepuluh bulan Muharram.

ALHAMDULILLAH, hari ini aku dikurniakan kekuatan untuk berpuasa walaupun aku terlupa menunaikannya pada hari Khamis. Maklumlah kalendar yang digunapakai di sini bukan kalendar hijrah,aku langsung terlupa. Kuingatkan Jumaat 9 Muharram dan Sabtu sepuluh…

Hari ini hari terakhir kepada siri kelas intensif bahasa kami. Percaya atau tidak, kami habiskan 40 jam dalam masa seminggu…
Hari ini juga Nicole membawakan pada kami kek dan minuman, katanya sempena menyambut hari jadi Brian. Aku agak serba-salah juga untuk mengawal keadaan. Untuk makan, aku puasa. Untuk tidak makan, takut Nicole terasa. Akhir sekali,aku berlagak macam tidak puasa.Masa ditawarkan kek, pantas aku menjawab,”Merci beaucoup!”

Dan,selepas itu membalut kek dalam tisu dan letak dalam beg…
Hari ini juga aku buat kali pertama menunaikan sembahyang jumaat di masjid turki yang sudah lama kucari-cari. Aku hanya sekali pergi ke masjid itu sebelum ini bersama Abul Hasan,dan masa tu aku masih sangat baru dengan Colmar. Alhamdulillah,hari ini aku dapat ke sana,walaupun terpaksa ‘makan langsat’ terlebih dahulu…

Kali pertama juga aku mendengar khutbah dalam bahasa Turki.Langsung tidak faham.Agaknya inilah perasaan sahabat-sahabat di sini semasa mendengar khutbah dalam bahasa Arab…

MALAM ini kami makan malam sama-sama di Restaurant Aladdin, sesuatu yang sudah lama di peringkat perbincangan.Selepas itu,tiba-tiba ada cadangan untuk ke cinema… Malangnya kami sampai di cinema,movie sudah bermula dan kami harus tunggu sejam lebih untuk tayangan seterusnya.Dan, untuk mengisi masa lapang, kami ke bersiar-siar sekitar centre ville dan Place de Rapp, tempat di mana kami bermain kejar-kejar.
Bagaikan budak-budak kecil, tapi aku agak gembira kerana kami bukan selalu ada masa untuk dihabiskan bersama-sama. Tambahan, perpisahan semakin hampir…

Le Constantine. Itulah movie yang kami tengok malam ini. Cerita yang berkisar tentang seorang pemburu syaitan yang bernama John Constantine. Tiada apa yang istimewa,cuma sekadar untuk bergelak ketawa dan berlatih bahasa…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: