JIHAD

12 03 2005

 JIHAD.
Isu sensitif bagi ramai yang tidak betul-betul mengenali Islam.
Sebaliknya bagi yang tahu hakikat Islam, Jihad sangat penting. Tanpa Jihad, umat Islam hanyalah umat biasa.

Alangkah indahnya Jihad Kekasih Agung kita Rasulullah SAW. Tanpa jihad baginda, kita mungkin bukan kita hari ini. Begitu juga jihad para Sahabat ra dalam usaha menyebarkan agama.

 Alangkah tingginya iman mereka. Biarlah jasad hancur luluh, tapi ISLAM tetap dijunjung. Begitu juga jihad yang telah dilakukan oleh nama-nama besar dalam Islam, mereka mencarik adat mencipta keajaiban demi keajaiban yang mencorak keagungan Islam. Keagungan yang hampir menjadi sejarah…

         Jihad hari ini bukan itu maksudnya.Dunia hari ini tidak berkata demikian. Jihad hari ini lebih rapat kepada pengertian terrorisme. Geram,sedih, dan banyak lagi perasaan yang tidak elok kunjung tiba apabila bercakap tentang hal ini.

Kenapa hari ini aku berbicara bab JIHAD? Aku teringat pada seorang sahabat yang telah ditemukan oleh ALLAH. ABDUL HAKIM, nama yang tidak jauh berbeza dengan namaku. Apatah lagi dia memanggilku NURHAKIM. Seorang jemaah dari Montbeliard yang khuruj fi sabilillah. Masih seorang pelajar di kota Paris. Aku teringat ketika dia menyampaikan ta’lim selepas Maghrib.

Tidak ingin kubercerita panjang mengenai ta’lim, kerana ramai yang akan mengatakan ta’lim orang tabligh memang stereotaip. Tapi yang sangat menyentuh hati aku ialah apabila dia mengaitkan kami pelajar Malaysia dengan jihad.
Katanya,”Kenapa kita semua tidak boleh meninggalkan rumah selama 4 bulan, 40 hari, atau 3 hari? Lihat saudara kita dari Malaysia, sudah 8 bulan tidak pulang ke rumah, berjihad untuk menuntut ilmu.Sanggup tinggalkan keluarga dan semua kesenangan untuk belajar, walaupun masih muda…”

Aku terkesima. INILAH jawapan yang aku cari selama ini.Aku banyak merungut, mengadu pada semua orang, hidup aku susah.Banyak dugaan.Tambahan bagi pelajar gharib seperti aku.Aliran sastera yang tiba-tiba terjun dalam bidang profesional. Di Eropah, di Perancis yang terkenal dengan sistem pembelajaran yang bukan mudah. Mengikuti program yang sangat padat.Yang biasanya dihabiskan dalam dua tahun, tapi kami hanya setahun. 42 jam seminggu,tidak termasuk kerja rumah yang menanti. Tanpa cuti yang banyak.4 hari umpama 4 minggu. Hidup di negara yang bukan Islam. Yang tudung apabila dipakai menjadi isu besar, dipandang lain. Yang masjidnya jauh…dan banyak lagi masalah lain.

Selama 8 bulan aku sesat dalam mencari arah.Memang, meninggalkan bumbung yang banyak mengajar aku selama 6 tahun lebih banyak memberikan kejutan padaku. MTAQ banyak berjasa padaku. Tapi Colmar tidak sama. Selama 6 tahun lebih di MTAQ aku bukan orang yang banyak belajar.Banyak tidur sangat benar. Malah,aku lebih rela membaca alQURAN daripada membelek buku akademik,walaupun menjelang SPM.

Tapi di sini, aku terpaksa bersama buku akademik. Lebih daripada alQURAN.Kadang-kadang tiada masa untuk bersama ‘kekasihku’ itu.Hidup yang tidak aku minat.Terlalu sibuk dengan dunia, sedangkan apa yang aku buat pada agama? Tambahan, aku masih jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang berlatarbelakangkan akademik.Aku bagaikan anak kecil yang hidup di antara mereka.Dipandang remeh.Hantu picisan.Budak bodoh yang tiada basic, yang terlepas untuk terbang bersama mereka. Bukan mereka yang berkata demikian.Mereka sangat baik.Tapi, itulah keadaan yang terpaksa kutempuhi.Akibat bertukar aliran…

TAPI, aku sudah ada jawapan. Aku tidak boleh mengeluh lagi.Aku di Colmar bukan main-main, aku hidup dengan duit rakyat Malaysia. Aku membawa harapan mereka. Ayah bonda dan keluarga yang banyak berkorban, saudara-mara, dan semua yang rapat denganku pasti tidak akan senang duduk kalau aku hanya tahu bercakap tentang masalah.Untuk aku juga. Aku ada impian.Ada harapan.Ada tanggungjawab.Ada maruah.Dan yang paling penting, aku ada peluang yang sangat jarang orang ada…

Inilah jihadku.Kini kufaham, walaupun aku tidak lagi belajar di sekolah agama, aku tetap berjihad.Aku telah melakukan kesilapan besar sebelum ini. Semua ilmu milik ALLAH. Apa yang aku belajar di sini juga ilmu-NYA…

” Ya ALLAH, Engkaulah TUHANku.Tidak ada TUHAN selain ENGKAU sahaja.ENGKAU yang menciptakan diriku. Aku hanyalah hamba-MU. Aku berlindung kepada-MU, daripada kejahatan yang terlanjur yang telah aku lakukan.Ya ALLAH, aku mengaku nikmat-MU padaku, dan aku mengakui juga akan dosa-dosaku,ampunilah aku.Tiada apa yang dapat mengampunkan dosa kecuali ENGKAU”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: