VOUS NE TRAVAILLEZ PAS ASSEZ!

19 04 2005

 Itulah kata-kata René Blaès ketika dia masuk ke kelas kami, membincangkan tentang isu cuti musim panas. Isu yang juga panas…

Tapi aku sudah jemu membincangkan tentang perkara tersebut.Terserahlah pada keadaan. Jika ada cuti, dan poket juga berisi, insya ALLAH, kupulang ke Malaysia. Jika sebaliknya,’ce n’est pas la fin du monde’ ia bukan penghujung pada dunia ini!

Masalah yang lebih besar ialah pencapaian yang menakutkan. Memang tidak dinafikan lagi bahawa apa yang kupelajari di sini bukanlah apa yang kugunapakai selepas ini. Matematik supersusah(kata orang: (”,); yang sedang kupelajari ini bukan untuk akaun, tetapi untuk engineering. Juga, apa gunanya seorang akauntan belajar kimia? Bergunakan Fizik Mekanik pada seorang ahli ekonomi? Kenapa pelajar akaun juga kena belajar elektrik dan subjek-subjek ‘pelik’ yang lain? Aku tidak tahu jawapannya. Tapi realitinya, aku sangat teruk dalam banyak matapelajaran tersebut.
Mungkin M Pierron, M Blaes dan lain-lain memahami keadaanku di sini.Mereka faham dan tahu bahawa aku tiada asas saintifik. Tapi, sampai bila aku hendak hidup begini?

         SERINGKALI dikutuk dan dimaki kerana tidak dapat menjawab soalan, walaupun perkara asas. Menjadi yang terakhir untuk memahami sesuatu pelajaran. Pemenang tetap markah terendah. Aku bingung. Tapi, aku sangat pasti, semua itu bukan ciri-ciri pelajar cemerlang…

Aku tidak boleh putus asa.Inilah hidupku.Inilah pilihanku.Inilah jihadku. Sangat pedih untuk menerima hakikat dihina dan dipandang rendah. Tapi, aku percaya, tentu ada hikmah di sebalik semua yang berlaku…

         DULU, di MTAQ, aku tidak kenal nombor selain 1 dan 2, yang hampir semua di kongsi bersama sahabat baikku Sofhan. Aku bukanlah yang paling rajin, malah sebaliknya, tetapi nasib sentiasa menyebelahiku. Dulu,aku seringkali berfikir, alangkah bahayanya sikap aku. Aku tidak berusaha, dan menganggap banyak perkara sebagai mudah. Tapi hari ini, di alam baru, semuanya tidak mudah bagiku.Mungkin inilah pengajaran bagiku yang banyak main-main semasa belajar sebelum ini. Juga aku mengganggap ini juga sebagai pendidikan yang sangat berguna bagi aku untuk mengenali erti kehidupan.

Di sekolah, di rumah, aku jarang mengenal erti kesusahan. Di MTAQ, seawal tingkatan 2, aku sudah menyertai ‘team pegawai’.Banyak celika.Culas.Dan sangat jarang untuk berada di bawah untuk merasa erti kepayahan.
Di rumah juga, yang lebih banyak berpeluh ialah ibubapa dan adik beradikku yang lain. Aku? Super pemalas!

Di SINI, hari ini hidupku dah banyak berubah. Aku tidak boleh mengekalkan sifat-sifat lama yang entah hapa-hapa. Aku kena jadi seorang LELAKI.MUSLIM sudah tentu. TAPI, aku sedar, masalah tidak akan selesai dengan hanya menulis di sini. Doa dan usaha kena seiring. MASIH JAUH.Aku masih jauh ketinggalan. Teman-teman lain mengulang apa yang mereka telah pelajari, tetapi aku kena bermula dengan kosong. Aku masih jauh dengan sasaran. Yang punyai kelebihan lagi rajin daripadaku. Ironi, sepatutnya aku dua tiga kali lebih rajin daripada mereka. Pencapaianku masih jauh di bawah apa yang sepatutnya.Pertama dari bawah.Perjuangan juga masih jauh. Aku di sini bukan hanya untuk merealisasikan kehendak peribadi semata-mata, tetapi juga impian dan harapan yang kupikul…

Kuharus membenarkan kata-kata René Blaes, “Vous ne travaillez pas assez…”
Kata seorang teman, kata-kata itu tidak ditujukan padaku, kerana dia faham keadaanku. Tapi padaku, aku tidak boleh mencari alasan. 42 jam waktu belajar seminggu bukan alasan.Lapan jam kelas formal sehari bukan alasan. Walau waktu seharian kami dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sudah penuh, dan terikat dengan tanggungjawab terhadap diri untuk memasak,mandi dan lain-lain,aku tetap tidak dapat lari daripada mencari ikhtiar untuk belajar. Bangun pagi, mandi sembahyang subuh, sarapan dan ke sekolah. Seterusnya kelas sampai tengah hari. Rehat dua jam. Yang hanya cukup-cukup untuk berjalan pergi balik rumah ke sekolah, makan tengah hari, dan Zohor. Seterusnya sambung kelas 4 jam lagi. Balik ke rumah, 6 lebih baru sampai. Mandi, sembahyang, masak, basuh pinggan, dan aktiviti peribadi. Sedar atau tidak, sudah pukul 8 lebih. Kerja rumah.Biasanya tidak sedikit…

Sudah lewat dan badan perlukan rehat untuk tugas berat keesokan hari.Itulah rutin harian di sini.Cuma hari jumaat kelas sehingga 1845. Dan, ini belum termasuk persediaan untuk ujian yang kerap diadakan. Sangat sukar untuk mencari waktu belajar perkara-perkara basic yang ku tiada berbanding rakan-rakan di sini.Dan, aku ketinggalan lebih kurang dua tahun berbanding mereka.

Sekali lagi, aku tiada alasan untuk mengalah…

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada
kehilangan nikmat-Mu, daripada terjejasnya kesihatan, daripada datangnya musibah-Mu, dan daripada segala kemarahan-MU. Ya ALLAH,kurniakanlah kepada-Ku petunjuk, ketakwaan, keampunan, dan kekayaan.”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: