KEBANGGAAN?

1 05 2005

Sudah terlalu lama aku tidak menulis di sini. Sibuk. Mungkin inilah alasan yang akan ku berikan apabila ditanya. Atau, apa salahnya kalau kujawab MALAS!

Semenjak daripada tulisan terakhirku di sini, banyak perkara telah berlaku. Cuti yang sudah confirm, tiket balik yang sudah selesai, dan permohonanku untuk melanjutkan pelajaran juga sudah selesai… erm; sekurang-kurangnya bagi pihak aku!
Agak panjang juga isu permohonanku. Maklum sajalah pencapaianku dalam matematik agak menyayat hati.
           
        Inilah kiranya kehidupan kaki melompat. Amfibia perlu tahan hidup di air dan di darat. Begitu juga dengan aku. Aku kena lebih kuat. Aku telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di sini, keluar daripada apa yang kuorientasikan di MTAQ… 
        Aku agak pening memikirkan diri sendiri. Mencari istiqamah. Mencari kekuatan untuk terus berdekatan dengan alQURAN. Mencari hubungan yang lebih erat dengan YANG MAHA PENCIPTA…

Sesuatu yang semakin hari semakin menjadikan aku takut… Mungkin sebabnya kukurang mendapat makanan hati. Seminggu sekali ketika solat Jumaat tidak cukup. Kuperlu mencari kekuatan itu. Aku perlu KEMBALI mengutip segala kekuatan yang pernah kumiliki, dan berusaha membuang kelemahan yang kian membarah…

HARI ini aku berkesempatan chating dengan seorang sahabat. Aku masih ingat permulaan bicaranya, “Anta nak dengar cerita?” Kuingatkan cerita kehidupannya yang mungkin agak menarik untuk dikongsi. Atau cerita-cerita dari Malaysia yang belum kuketahui. Anda ingin tahu apa ceritanya?

Katanya, dia ada mengikuti sebuah seminar tentang belia Islam di Balai Islam, Lundang. Tambahnya, Hj Takiyuddin, anggota Exco Kerajaan Negeri ada membentangkan kertas kerja. Antara kandungannya ialah pencapaian sekolah-sekolah YIK. Aku agak bangga mendengarnya. Bukankah MTAQ juga sebuah sekolah YIK?
TAPI, aku sangat terkejut apabila sahabat ini menerangkan bahawa namaku juga disebut secara eksklusif, sebagai pelajar pertama atau tunggal MTAQ yang mendapat tajaan Petronas untuk melanjutkan pelajaran di Perancis!
Katanya, agak kelakar juga kerana dia kenal siapa yang disebut!
TIDAK!Ingin kukatakan padanya, TIDAK wahai sahabatku! Ia bukan kelakar. Ia menakutkan.
KALI ini tiada lagi bangga. Aku takut. Sangat takut.Takut apabila memikirkan cabaran yang terpikul di bahu ini. Takut apabila memikirkan aku yang tidak banyak berusaha memperbaiki diri. Takut jika aku tidak mampu mengotakan janji, gagal menyempurnakan tugas. Juga, kukatakan pada sahabatku, kutakut jika pandangan dan cita-cita junior di sekolah kelak bertukar…

Nampak gayanya isu aku melompat ke sini masih belum berakhir. SEKARANG, 1 Mei 2005; aku masih ada beberapa bulan untuk menghabiskan program persediaan yang agak memenatkan ini. Langkah pertama yang kini hampir tamat. Bukan tandanya kuboleh menarik nafas lega, tetapi berusaha lebih kuat untuk berjaya. Insya ALLAH, perjalanan jauh ini tidak akan aku habiskan dengan sia-sia. Aku ingin pulang ke rumah. Membina hidup dan mengukir kejayaan.
TAPI, aku langsung tidak berhasrat untuk pulang dengan kegagalan…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: