PAK PANDIR: THE UNTOLD STORY

6 05 2005

Telah diceriterakan pada hamba oleh sang lidah bercabang bahawa telah berlalu suatu ketika, sahaya pak pandir berjalan kaki melalui satu lorong kecil yang tidak besar kerana berhendak pulang ke rumahnya.
Adapun berjalan kakilah ia kerana basikalnya telah dicuri oleh pencuri yang kerjanya mencuri.

         Syahdan, ketika ia sedang enak melagukan lagu lagu dua tiga lipas terbang, terlihatlah olehnya akan seketul ‘benda alah’ yang tampaknya masih baru dikemut. Masih hangat, kata orang. Sebermula dia masih ragu-ragu, ataupun bak kata orang putih konpius, apakah benar benda alah itu najis atau shit bak kata orang putih lagi.

          Disebabkan waswas yang melanda dirinya, mungkin kerana ia tidak menggunakan Zaitun pada pagi hari kejadian, dan juga disebabkan oleh semangat inkuiri yang membuak-buak, dia membuat keputusan untuk membuat eksperimen bagi membenarkan hipotesnya. Setelah semua pemalar disusun dan telah kamil segala radas, dia membuat keputusan untuk menjalankan pemerhatian terlebih dahulu.
           
           Pak pandir melihat benda tersebut dengan teliti. Setelah mengkaji bentuk dan isipadu benda tersebut menggunakan formula produit scalaire dan calcul integral, dia berkata, “Bentuknya macam tahi…” Arakian,ia masih belum berpuas hati dengan hasil pemerhatiannya. Dipegangnya ‘benda alah’ tu, dan dia berkata sendirian, “Hmm;Lembik…macam tahi.” Namun,Pak Pandir masih belum berpuas hati waima sudah tiga pancainderanya diguna pakai. Lantas, dihidunya ‘benda alah’ tu. “Cis,bau setan!”katanya marah, “Hmm,baupun macam tahi…”
          
            Namun,Pak Pandir masih ragu.Dia lalu mengira pancainderanya lagi, moga dapatlah olehnya cara untuk menghilangkan perasaan kurang yakinnya. Dikiranya pancainderanya satu persatu… Mata sudah, kulit sudah, hidu sudah; dengar… belum… “Haa,”katanya selepas mentol 60 W kuning berkelip di kepalanya,”Dengar!”
     
             Tapi seketika kemudiannya burung-burung pula terbang di kepalanya selepas dia memukul kepalanya kerana menyedari kebodohannya; ‘benda alah’ tu mana ada bunyi! Seketika kemudian, apabila burung-burung itu terbang meninggalkannya, Pak Pandir membuat keputusan untuk menggunakan pancainderanya yang seterusnya… “Ptuih,rasa setan tak mandi,” jerit Pak Pandir sambil meludah berkali-kali, “MEMANG,MEMANG BENDA ALAH NI TAHI, NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”


Tindakan

Information

3 responses

15 10 2006
biskut meri

ceh, ingatkan apa

4 07 2007
are-num

cam dalam katun ujang laa..

28 09 2007
The Making Of: PAK PANDIR: THE UNTOLD STORY « Putra Alam

[…] Making Of: PAK PANDIR: THE UNTOLD STORY PAK PANDIR: THE UNTOLD STORY, ada yang bertanya, dari mana datangnya idea […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: