7 KEAJAIBAN DUNIA

14 05 2005

Siswa-siswi di sebuah IPT sedang mengikuti kelas geografi . Tajuk hari tersebut ialah “Tujuh Keajaiban Dunia.”

Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.
Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Lalu, pensyarah yang bertugas bertanya; apakah dia punyai kesukaran membuat senarainya.
“Ya, sedikit,” jawab gadis pendiam itu, “Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, ‘Tujuh Keajaiban Dunia’ adalah,

1) Dapat melihat
,2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,”

Dia tampak agak ragu, buat seketika, dan kemudian menyambung,

“5) Dapat merasa
6) Dapat tertawa, dan,
7) Dapat mencintai”

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sedang apabila kita melihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”. Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen