SELAMAT HARI GURU

16 05 2005

Masih agak awal. Namun, kata-kata seorang sahabat pada satu sambutan hari guru di MTAQ dulu mewajarkannya;
“Setiap hari adalah hari guru. Tidak kira di mana kita berada, bila-bila sahaja, tanggungjawab terhadap guru tetap sama…”Alangkah mulianya golongan ini.

Aku ingin menelefon ustaz Mukhlis tetapi tertekan nombor ustaz HanaPizi!
Nasib baik aku sangat berpengalaman dalam hal-hal luar jangkaan sebegini. Tarik nafas, control nada, dan kemudiannya bertanya khabar, seolah-olah tiada apa yang pelik.

Dia masih seperti dulu. Mengambil berat dan sentiasa berkeyakinan.
“Insya ALLAH, anta boleh…”

Dan, aku juga sempat mengadu pada dia tentang masalah yang melanda sahabat seperjuangan yang tumbang ditiup angin. Kemudian, aku menelefon ustaz Mukhlis, bertanya khabar pada bakal pengantin baru. Alhamdulillah, sampai juga jodohnya, selepas sekian lama…

Guru kelas kami ketika tingkatan 6. Juga senior kami. Dengan beza umur yang tidak besar, dan sikapnya yang ‘satu kepala’ dengan kami, kami semua sangat rapat. Bukan sekali kami keluar makan bersama-sama…

Soalan pertama yang dikemukakan; “Tafsir baca?”
Aduh, terkena aku! Aku masih tercari-cari masa untuk istiqamah dengan ALQURAN, dan insya ALLAH, kuharap akan dapat juga membaca tafsir alWajiz, karya
Wahbah azZuhaili.

Sebenarnya ustaz HanaPizi yang mencadangkan aku membaca kitab tersebut, tetapi katanya sukar untuk mencarinya di
Malaysia.

Dan, apabila aku bercakap tentang perkara ini pada ustaz Mukhlis,katanya, ” Ambillah kitab ana. Ana tak bacapun…”
Erm, adakah aku baca kitab tersebut? Wallahua’lam.(“,)
ADA suatu perkara sama yang disebut oleh mereka berdua, “Anta bila?”

Entahlah.
Ustaz Mukhlis sendiri tahu perangai aku di sekolah. Sempat dia bergurau, ” *********

bagaimana?”
Aku lantas menjawab,”Hmm, dah lama tak tanya khabar!”
Walhal, semua orang tahu aku langsung tidak kenal ********.
Beginilah kalau jadi selebriti!Mereka berpesan, “Belajar dahulu…”Ya, aku kena belajar dahulu.
Aku tidak pernah melayan perasaan suka aku pada kaum hawa. Sekurang-kurangnya setakat ini. Dan, aku akan berusaha agar ia kekal tidak sehingga sampai waktunya.Bukan sekali ada yang mencuba nasib. Tapi, aku tetap dengan TIDAK.
Kadang-kadang kasihan juga. Mereka sangat baik dengan aku, dan tiba-tiba aku mengamuk. Kata seorang kawan, aku ego. Mungkin.

Ada seorang lagi menyalahkan aku,” Yang kau layan diorang tu kenapa?”
Entah. Aku suka berkawan dengan sesiapa sahaja.
Ada kawan lebih baik daripada keseorangan. Juga dengan berkawan aku dapat mengenali manusia, perangai dan tindak tanduk mereka. Jadi, apa salahnya berkawan?

Aku sedar, aku juga kena salahkan diri sendiri. Aku mengganggap semua orang sama. Sangat jarang aku bezakan antara mereka. Memang ada perbezaan rapat atau tidak, tetapi manusia tidak sama.
Aku sangat pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang aku ada terfikir tentang manfaat yang akan aku dapat dengan berkawan dengan seseorang. Namun, aku jarang berfikir tentang sumbangan aku padanya..Juga aku terkenang pada kata-kata seorang prof di sini, ” Apabila seseorang lelaki berkahwin, maka kasih sayang dan tumpuan terhadap ibunya dirampas oleh sang isteri. Sebab itu anda boleh lihat hubungan seorang isteri dan ibu mertuanya sentiasa ada masalah…”Aku harus membenarkannya. Ia memang pernah berlaku, dengan aku sebagai antara orang yang terlibat secara langsung.
Justeru, apakah aku pantas akan mencari orang lain untuk disayangi sebelum ibuku mendapat haknya?  
 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: