biarkan aku berceloteh

27 05 2005

 Hari Jumaat.
Tiada apa yang ingin kubuat. Kerja rumah bukan tiada, banyak, tapi biasalah bila diserang penyakit ‘malas’…

Aku tidak tahu apa yang ingin kutulis.
Apa yang aku rasa sekarang?- Panas!
Suhu hari ini 29°C. Panas!
Bilik aku menghadap matahari petang. Dan haba yang terkumpul akan membuatkan bilik aku membahang. Sudah banyak kali hidung aku mengeluarkan hingus merah!

Erm, pindah?
Entahlah. Masih menanti jawapan SFERE. Takut juga rasanya. Kami adalah batch pertama yang belajar ekonomi di sini. Pengharmonian sistem pengajian di Eropah yang bermula pada tahun ini menyulitkan lagi keadaan. Khabarnya banyak IUT yang tidak sanggup menerima kami.
Pelajar Petronas, hanya aku yang baru mendapat jawapan- NON daripada IUT Montpellier…
Yang lain masih menanti.

AKU masih terkenang pada tindakan aku pada seorang sahabat. Entah betul entah tidak apa yang telah aku buat padanya. Yang jelas, aku bukan seorang kawan yang baik.
Sangat tidak padil bagi pihaknya. Apakah dia tidak punya perasaan?
Dan, aku sangat maklum, tidak seorang pun yang akan bersetuju dengan tindakan aku.
Tapi, semuanya telah berlaku. Aku masih perlu ‘menunggu’ untuk menjernihkan keadaan.

Kuharap, semua akan selesai. Aku tidak suka membenci, juga dibenci. Aku tidak selesa jika ada yang makan hati dengan tindakan aku. Luka yang sembuh tetap kekal parutnya…

Aku tiada alasan untuk membela diri. Aku sanggup dihukum.
Mungkin ramai yang berpendapat aku menyeksanya. Tapi, aku juga terseksa. Aku bukan jenis yang mudah untuk melupakan sesuatu. Apatah lagi memori manis…

Namun, aku harus berkorban. Kepentingan peribadi aku bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan kepentingan Islam.
Aku tidak rela tumpuannya terhadap agama terpesong kepadaku. Biarlah aku berkorban…
Kuharap dia tidak apa-apa. Aku percaya padanya. Seorang pejuang yang kuat. Sangat kerdil diri ini jika dibandingkan dengannya. Dan, kerana itu, kuingin bintangnya terus bersinar…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: