Taj Mahal

28 05 2005

Image hosted by Photobucket.com

TAJ MAHAL. Nama seindah rupa. Kehebatannya sehingga ia diiktiraf sebagai salah satu daripada tujuh perkara ajaib dunia.

Sejarah pembinaannya bermula apabila Maharaja Mongol, Shah Jahan berusaha mengabadikan keluhuran kasih sayangnya terhadap isteri tercinta, Mumtaz Mahal.

Sewaktu menghembuskan nafas terakhir, Mumtaz hanya berumur 39 tahun – usia yang terlalu muda bagi seorang isteri meninggalkan suami serta 14 orang anak.

Selepas kematian isterinya, selama dua tahun Shah Jahan mengurung diri di istana dan tidak mengadakan sebarang perayaan.

Sebagai mengenang permaisuri yang sangat dicintainya itu, makam Mumtaz telah dibangunkan di dalam sebuah istana yang indah, di kota Agra, utara Uttar Pradesh.

Pembangunan istana yang dibina daripada marmar putih dan mengambil masa 17 tahun itu telah dimulakan pada tahun 1633 dengan pekerja seramai 20,000 orang.

Lebih menyentuh perasaan, kedudukannya betul-betul di tepi Sungai Yamuna.

Untuk memastikan hasratnya benar-benar menjadi kenyataan, mereka yang terlibat dalam pembinaan istana termasuk para arkitek dan ahli kaligrafinya telah didatangkan khas dari pelbagai negara.

Sejak tersergam indah pada abad ke-17, Taj Mahal yang merupakan salah sebuah hasil arkitektur Islam terindah di dunia, menjadi tarikan utama pelancong ke Agra.

Kira-kira 2.3 juta pelancong dalam dan luar negara dengan anggaran 20,000 orang sehari mengunjungi Taj Mahal setiap tahun.

Keajaiban Taj Mahal memang tidak perlu diperkatakan lagi. Terlalu banyak sejarah agung tentangnya ditulis atau dibukukan.

Tarikan tersendirinya itu menyebabkan, Majlis Pelancongan Dunia meramalkan industri pelancongan di India akan bertambah sebanyak 8.8 peratus setiap tahun dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Namun sejarah kegemilangannya seakan-akan kian pudar kebelakangan ini apabila berlaku perebutan hak milik ke atasnya sehingga menambahkan ketegangan di kalangan puak Islam dan Hindu di India.

Kedudukan Taj Mahal yang menyambut ulang tahun ke-350 baru-baru ini, terancam dengan beberapa tindakan yang secara tidak langsung mengganggu `kesucian’nya.

Status sebagai bangunan bersejarah kebangsaan mula dipersoal dan dipesongkan walaupun selama ini ia telah diuruskan oleh pihak Penyelidikan Arkeologi India (ASI).

Di sebalik alasan bahawa tujuan menguasainya adalah untuk mendapat manfaat daripada hasil penjualan tiket daripada pelancong yang berkunjung, ada juga yang mengatakan ia didorong oleh `anasir-anasir jahat’ yang tersembunyi.

Tiga pihak yang masing-masing mendakwa berhak ke atas bangunan tersebut ialah Lembaga Wakaf Sunnah, Lembaga Wakaf Syiah serta sebuah kumpulan agama radikal Hindu, Vishwa Hindu Parishad (VHP) iaitu sekutu Parti Bharatiya Janata (PBJ).

Justeru pelbagai alasan dikemukakan bagi membolehkan mereka menguasainya.

Hakikatnya, Taj Mahal bukannya masjid, tetapi ia merupakan antara bangunan terpenting dalam sejarah ketamadunan Islam.

Jika Lembaga Wakaf Sunnah bertegas bahawa ia milik penduduk Islam Sunnah di India, sebagaimana pegangan Shah Jahan dan Mumtaz, puak Syiah pula mendakwa Taj Mahal dibina di bawah pengawasan jurutera Iran yang berfahaman Syiah.

Dalam masa yang sama, pergerakan pelampau Hindu atau VHP mendakwa Taj Mahal telah dibina di atas sebuah kuil Hindu yang menempatkan patung Shiva.

Oleh itu kata mereka, bangunan tersebut harus diisytiharkan sebagai sebuah kuil kerana lapisan di bawah Taj Mahal mengandungi tiang seri dan artifak Hindu.

“Pada asalnya Taj Mahal adalah sebuah kuil Hindu dan kerana itu ia perlu diserahkan kepada para pengikut agama itu,” tegas ketua VHP, Ashok Singhal.

Kenyataan pemimpin pembangkang PBJ, Subramaniam Swamy bahawa dia tidak dibenarkan melawat kawasan bawah tanah di Taj Mahal ketika melawat monumen itu pada 1978, memperkuatkan lagi dakwaan.

Bagaimanapun seorang pakar sejarah monumen India, Akhilesh Mithal, dengan tegas menafikan perkara karut tersebut.

“Ada bukti yang jelas menunjukkan Taj dibeli daripada Maharaja Jaipur.

“Saya melihat peta yang menunjukkan ia sebuah taman sebelum Taj Mahal dibina di situ. Tidak wujud kuil Hindu,” katanya.

Sementara itu, Pusat Arkeologi India yang menguruskan Taj Mahal sejak abad ke-19 meminta New Delhi tidak menyerahkan bangunan itu kepada mana-mana pihak.

Pertikaian terbaru ini mengingatkan kita kepada tragedi Babri, di mana sebuah masjid telah dimusnahkan oleh golongan radikal Hindu yang rata-ratanya ahli VHP kerana mendakwa Maharaja Mughol, Babur memusnahkan sebuah kuil di kawasan itu.

Peristiwa pada tahun 1992 itu akhirnya menyebabkan berlakunya rusuhan di seluruh India sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 2,000 nyawa, kebanyakannya adalah penganut Islam.

Kesannya, ia telah menyebabkan permusuhan dan jurang perpaduan antara dua agama di negara tersebut bertambah besar.

Keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad, Lucknow menolak kes memohon agar tapak Taj Mahal diiktiraf sebagai kuil Hindu, Isnin lalu, dikatakan menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak-pihak tertentu.

Ini berikutan sehari selepas itu, beberapa orang pemuda telah dilaporkan menemui sebutir bom di kawasan yang padat penduduk dekat Tajganj, berhampiran Taj Mahal.

Bagaimanapun pihak tentera mengesahkan bahan peledak itu adalah milik mereka dan menjelaskan ia mungkin `tersesat’.

Melihat secara mendalam isu perebutan ini, ada yang berpendapat, ia kemungkinan bukan dipengaruhi oleh faktor wang tetapi ada `pihak lain’ yang memainkan peranan.

Ini kerana menurut mereka, jika dilihat keadaan dunia hari ini, apa yang berlaku ialah adanya cubaan mewujudkan lebih banyak `permusuhan’ di sesebuah negara.

Sekiranya perancangan itu berjaya, pihak-pihak yang menggerakkan usaha dari belakang ini akan mudah campur tangan dalam urusan negara-negara berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, India, kini menggiatkan pemeriksaan bagi mengelakkan kemungkinan ia angkara `pengganas’.

Dari segi rentetan sejarah, India sememangnya sebuah negara yang tidak pernah sunyi daripada berlakunya pergolakan.

Di sebalik setiap kejadian tersebut, apa yang diharapkan ialah Taj Mahal yang menjadi lambang keagungan seni dan ketamadunan Islam akan utuh selama-lamanya sebagaimana utuhnya cinta Shah Jahan terhadap isteri yang disayanginya.


Tindakan

Informasi

6 gerakbalas-gerakbalas

16 07 2007
fieyza

so good!!!!!!!!!!!

25 07 2007
linda On

very good information..a very good source..

12 11 2007
Mitha

This is the very good thing… I can’t see anything for the good one… This is so good…

Thanks…

9 04 2010
kirana

salam ziarah.

10 05 2010
amir

saya suka dgan taj mahal dan terharu dengan pembuatan nya?/?/////kisah nya jug amenarik minat sa I LIKE IT

17 02 2013
earn money for surveys

I’m really loving the theme/design of your weblog. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A number of my blog audience have complained about my website not operating correctly in Explorer but looks great in Opera. Do you have any tips to help fix this problem?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: