Erk!

22 06 2005

Kullu lahmin nabata min haramin fannaaru aulaa bih…

Kata-kata yang sangat berat untuk diterima. Imbas balik apa yang berlaku…

Lokasi: Gare* de Freibourg, Germany.
Masa  : Lebih kurang 1815
Tarikh: Rabu, 22 Jun 2005

    Hari terakhir DELF. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Selepas mengambil beg di hotel, kami (Petronas’ students) berjalan balik sambil mencari restoran untuk diner.
Train pukul 1840.

Kimi dan Toh memilih untuk makan di kedai kebab, buat kesekian kalinya. Aku sudah muak. Mana mungkin untuk benda yang sama selama 3 hari!

Aku berjalan ke arah gare* bersama Khairul. Mungkin ke McDonald…

Berhampiran gare, aku nampak ada sebuah restoran oriental (kalau boleh dipanggil restoran; baca: gerai!).
Aku bertanya pada arab tauke kedai:
    -“Halal?”
    -“Kullun halal, ya akhi”
    -“Alhamdulillah”

Dan, ketika itu, aku memesan ayam panggang memandangkan sudah lama benar aku tidak melantak ayam panggang.
    Juga, selepas itu, aku (baca: khairul) mengajak Dini, PP, Taufiq, dan Awad ke kedai itu.

Ketika aku habis makan, mamat Arab itu, dari Iraq katanya, berkata (dalam bahasa Arab dan hanya aku yang faham, ketika itu)
   “Ya akhi, sesungguhnya ALLAH telah menghalalkan bagi kita sembelihan ahlil kitab. Kita bolehlah makan daripada Yahudi dan Nasrani…”

   Wallahi, selepas itu, aku rasa loya. Kawan-kawan masih menghadap makanan…
   Apa definisi ahlil kitab?
   Kalau di Germany, majoriti mereka adalah Protestant, agama baru yang tidak lama sejarahnya. Inikah ahlil kitab?
Juga, biasanya di Europe kontemporari, mereka tiada lagi agama…

Tamat imbas balik.

Sampai hari ini, tekakku masih loya.
Sampai hari ini, sabtu, hanya 3 kali aku makan makanan berat. Yang PP masak, aku sendiri masak, dan yang aku makan semasa di ijtima’ Tabligh di Mulhouse…

   


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: