Selamat Hari Raya Aidil Adha.

17 01 2006

Selamat Hari Raya Aidil Adha. 

Satu anugerah yang sangat berharga jika berpeluang merayakannya bersama keluarga dan sanak saudara. Bersama-sama berkumpul di bawah satu bumbung selepas lama tidak bersama, beribadat beramai-ramai menyaksikan keagungan ke kekuasaan YANG MAHA KUASA… 

Keagungan dan kekuasaan-NYA tidak berubah; tidak berkurang mahupun bertambah di mana jua anda berada. Walau anda sedang menunggang motosikal merentas rali Paris-Dakar atau anda sedang mendaki puncak dunia DIA tetap DIA.Tapi kita hanya hamba yang lemah.

Perlukan bantuan. Bersatu kita maju, berseorangan kita goyah. 

Keseorangan?Bukankah ALLAH ada di mana? Bahkan lebih dekat dari urat leher kita? Bersama raqib atid di kiri dan kanan? Bersama Malaikat-malaikat lain? Juga , syaitan-syaitan? 

Erm… 

Dua kem yang berlawanan. Kita punyai wakil dalam keduanya. Akal untuk kem pertama dan nafsu untuk kem kedua.

 

Kem mana yang lebih kuat? Kem mana yang dominan?Soalan yang biasanya satu. Kem kuat dominan. Begitulah lazimnya. Kem pertama tiada tandingan dulu, kini dan selamanya. Kem kedua sangat lemah…            Tapi, ketika ini kem kedua mendominasi aku…

Sangat pahit untuk menelan kenyataan sebegini. Kusalahkan keadaan.Bumi tempat aku berpijak kini masih bukan sama dengan bumi tempat tumpah darahku. Tempatku dulu, tiada istilah laïcité, dan bebas beragama. Di sini laïcite diamalkan walau anda dikatakan bebas beragama… 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: