CPE : Cerita Pemberontak Egalité, Liberté et Fraternité

6 03 2006

Sekali lagi mogok nasional dianjurkan pada 7 Mac 2006. Sebulan selepas satu mogok yang sama.Perdana Menteri Dominique de Villepin, walaupun ramai yang bermanifestasi, memilih untuk mendengar mereka yang tidak bermanifestasi.Aku menyokong de Villepin…  Malam ini, 6 Mac, melalui France 2, rancangan Mots Croisés bertajuk CPE : Mieux que rien ou pire que tout? Sangat menarik.Ministre de l’Emploi vs Secrétaire Generale de CGT.PDG et foundateur de The Phone House vs Pelajar Master d’Histoire.  Pihak pembangkang, alasan mereka “On peut être viré le jour ou lendemain. C’est un contrat de précarité.” Hati aku sangat ingin berkata (baca: memang dah banyak kali kata pun!) “BODOH BETUL!”Apabila ditanya mengenai alternatif untuk mengatasi masalah pengangguran, dengan yakin mereka menjawab, “Masalah utama ialah pouvoir d’achat.”  Sekali lagi, hati aku ingin berkata (baca seperti di atas) , “JAHIL AMAT.” Sekarang, kerajaan Perancis membayar 50b € hanya untuk faedah terhadap hutang kerajaan.Sudah 25 tahun bajet kerajaan adalah defisit. Belum puas hati?  Nasib baik aku tidak akan bekerja di sini.Bangsa yang paling pesimis pernah aku kenal di dunia. Bangga dengan apa yang pernah dicapai sebelum ini.Benar, bahasa mereka pernah menjadi bahasa utama dunia sehingga abad ke 17. Mereka punyai bangunan yang menjadi khazanah dunia. Siapa tidak kenal Paris? Tour Eiffel? Musée du Louvre? Canal du Midi? (Sekadar menyebut beberapa nama) Tapi, rasanya bukan masalah bagi anda untuk menyatakan tarikh semua itu. Bila?  Ingin kuterangkan pada mereka, “Negara ini PERNAH menjadi negara yang hebat. Sehingga 30 Gloriueses… Kemudian, mereka punyai masalah yang tidak sedikit, dan manggak mereka tidak pernah kurang…  Mereka bangga dengan revolusi mereka. Di tangan rakyat, kerana itulah slogan mereka Liberté, Egalité et Fraternité… Liberté?Mungkin. Mereka bebas bersuara. Mogok dibenarkan. Mungkin sesuatu yang baik jika kita miliki kebebasan bersuara.Tapi sangat jelik bila mereka memilih kerajaan, dengan majoriti yang tidak sedikit, dan apabila kerajaan membentangkan projek mereka, anda dapat lihat rakyat memenuhi jalan raya membawa sepanduk. Public transport, airport, gare, dan université (termasuk lycée dan collège) menjadi mangsa.Betapa hebatnya sikap kebebasan bersuara.Juga, agak hebat apabila Perlembagaan asyik berubah sejak zaman Napoleon. Mode de scrutin sebagai contoh, telah berubah 8 kali di France, pada masa yang sama England masih kekal dengan sistem yang sama sejak pengenalan parlimen.  Egalité?Yang dikatakan begitulah. Tetapi, sudah maklum bagi kita status quo antara french yang berkulit macam orang Eropah dan yang berkulit macam orang Afrika. Guyane, Polynésie Français, L’Ile de Réunion dan lain-lain juga punyai taraf yang sama dengan Région Midi Pyrénées, Departement 75, atau Lyon. Fraternité?Brotherhood. Indah bunyinya. Terbukti apabila sebarang statistik tidak dirujuk pada ras dan kawasan geografi.Tapi, dalam filem mereka, sangat jarang kita lihat heronya mempunyai pelakon pembantu berkaler lain.Kenapa French d’origine Maghribine avec Bac+5, asyik dirijek apabila menghantar Cvnya?  Berbalik pada CPE. Mungkin France dahulu pernah menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Sekarang?China sudah memotong France dari lorong kiri.UK sudah lama berbuat demikian. Negara-negara EU, selain Germany dan UK juga sudah tidak berapa jauh marginnya. Itali? Senasib! Kenapa hendak ditolak CPE?Alasan mereka précarité.Mereka pesimis terhadap entrepreneur yang menjadi penentu ekonomi negara. Sangat biadap rasanya apabila menuduh mereka salaud, yang akan memecat mereka apabila tamat tempoh percubaan 2 tahun. “Sangat cetek fikiran mereka,”kata hatiku (ehem, anda sudah faham rasanya!)  Sangat bodoh jika entrepreneur yang menggaji seorang pekerja selama 2 tahun dan kemudiannya memecat mereka.
Aku setuju dengan kata-kata PdG The Phone House, “Les 6 premiers mois sont la période d’apprentissage. Au bout d’un an, de 14 mois, c’est là qu’un employé serait productif…”Dan, adakah ketika itu, masa yang baik untuk licenciement?Malang betul bangsa yang punyai generasi muda sebegini. 
Beruntung kita di negara ketiga yang lebih positif!  Juga, sangat menyayat hati apabila PdG The Phone House membawa contoh délocalisation yang disebabkan oleh taxe melampau di
France ke Maroc yang 3 kali lebih murah , diengueulé oleh seorang yang berdarah maghribine! 
Aku tidak faham kenapa pakar ekonomi tidak menjadi rujukan. Yang dijadikan alasan untung syarikat French yang tinggi.Sangat
malang bila peratus yang lebih besar adalah untung di luar negara, sedang untung dalam negara hanya meningkat kurang 1%…Sekali lagi, mereka hanya hidup dalam ILUSI… 
 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: