MERCI BEAUCOUP, MAMAN!

8 05 2006

Benarkan jari ini menulis sesuatu, untuk merakam rasa kagum dan terhutang budi pada insan yang sangat berjasa pada diriku yang sangat jahat ini…

SELAMAT HARI IBU buat bonda tersayang SAMSIAH HJ SULAIMAN.
Sudah hampir setahun tidak kulihat wajahnya, wajah yang paling cantik dalam hidup aku. Yang sangat memahami diri ini, yang sentiasa mudah untuk memaafkan kesilapan diri ini yang istiqamah dengan perkara bodoh.
Sesekali aku terfikir, dia begitu banyak berjasa padaku. Tenaga, harta, dan perasaan. Alangkah mulianya insan bernama ibu. Tapi, apakah aku ini layak dianggap anaknya?
Kuingin berjasa padanya. Walau kutahu aku tidak akan sesekali mampu membalas jasanya, namun aku tidak ingin dikenali sebagai anak yang tidak mengenang budi.

Juga kuingin berjasa pada ayahanda, pada keluarga, pada guru-guru, pada saudara-mara, pada sahabat handai, dan semua yang berjasa padaku.
Kala mereka mengingatiku, apakah aku ada azam untuk menghargai mereka?


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: