10 sept. 06. Ahad.

10 09 2006

 

Enam hari di bumi Perancis. Masih belum memulakan pengajian. Juga ulangkaji.Tiga bulan kurang sembilan hari di Malaysia, bukan sekejap. Apatah lagi tahun sebelum ini cutiku di malaysia hanya tiga minggu.Kepalaku masih bingung. Kuingin berubah. Ku tidak ingin sejarah tahun lepas berulang. Belajar? Sangat teruk. AlQuran? Sangat memalukan. Perangai? Astaghfirullahal azim. 

Kuingin melangkah ke depan. Cuti di tanah air memberiku peluang untuk membuka mata lebih luas.Aku bukan keseorangan. Keluarga, saudara mara dan sahabat handai adalah anugerah yang sangat berharga. Emas? Lebih mahal dari itu. 

Masih banyak perkara yang perlu kufikir untuk keluargaku. Adakah aku sudah menjalankan tugasku sebagai ahli keluarga?Aku malu melihat yang dipanggil PA begitu kuat. Begitu juga dengan CHE yang masih belum berfikir untuk berehat walau umur sudah berjela. Hanya berfikir dalam kepala, agar keluarga bahagia.Alangkah mulianya mereka. 

Aku?Entah. Mungkin bagi yang lain aku boleh berbangga dengan perjalanan extra oradinary ku.Mendabik dada dengan gelaran alHafiz dari Maahad Tahfiz alQuran Pulai Chondong. Menjadi yang pertama bagi generasi 97. Yang dalam peperiksaan hanya kenal nombor satu dan dua.  

Yang menjadi pelajar MTAQ pertama melangkah ke oversea. Yang namanya disebut-sebut dalam banyak majlis kerajaan negeri. 

Mungkin juga boleh berbangga dengan nama Petronas’ scholar. Yang dipilih di antara berpuluh ribu yang memohon. Yang menjadi salah satu daripada lima yang terpilih merintis jalan Petronas di Perancis. 

Tidak; aku langsung tidak layak untuk berbangga.Aku tidak ingin menjadi seperti Proton yang menjadi kebanggaan negara tetapi banyak masalah.Aku tidak ingin menjadi ubi kelarah yang lawa di luar tetapi hampeh di dalam. 

Lima hari daripada dua tahun masih dianggap permulaan. Perjalanan masih jauh, tapi kali ini, dari mula, aku tidak ingin lagi sumbang langkah. 

Hidup hanya sekali, ku takut bila fikirkan perkara sebegini. Benar, masa berjalan ke depan, tetapi umur semakin berkurang.Setiap nafas kita hembus keluar, semakin dekat kita dengan nafas kita yang terakhir. 

Kutidak ingin dihimpunkan bersama mereka yang rugi.Doaku, Ya ALLAH, hidupkanlah aku sebagai seorang ulama, matikan aku sebagai syuhada’, himpunkanlah bersama para auliya’, dan masukkanlah aku ke syurga-Mu bersama para anbiya’. 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: