Raciste?

14 09 2006

Seorang pelancong Cina memasuki sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana mendapati Steven Spielberg, pengarah filem yang ternama sedang duduk meneguk air kencing setan di dalam bar tersebut.

Sedang dia enak menikmati wain tanpa alkohol dari Bordeaux, Perancis,pengarah filem tersebut berjalan laju ke arahnya dan menumbuknya tanpa memberi salam.
Walaupun mereka bukan beragama Islam, pada cina tersebut, cukuplah sekadar Good Evening ataupun Bonsoir.

Pelancong cina itu bangun dan bertanya pada Spielberg, “Apa kejadahnya kau tumbuk aku, hah?”

     ” Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu”.

“Aku bangsa Cina laa bodoh!”Cina tersebut  membantah, “Apa kena mengena dengan Jepun pulak?”
 
 “Aaah..!”bentak Spielberg,” Jepun, Cina, Burma,
Vietnam, semua sama aje!”

Keadaan kembali reda selepas beberapa orang bouncer datang menarik telinga dan hidung Spielberg. Mereka kembali ke meja masing-masing setelah diugut dengan denda berdiri di atas meja…

Lelaki Cina tadi memesan beer berjenama 1884 yang masih belum memasuki pasaran Cina kerana angka 4.
Tiba-tiba dia bangun, berlari-lari anak kecil, dan melepaskan tumbukan padu pada muka Spielberg. Dia cuba meniru Bruce Lee, tetapi, menurut saksi, aksinya lebih kepada aksi Bendul yang pernah muncul di kaca tv Malaysia suatu ketika dulu.

“Kenapa?” tanya  sang pengarah filem, “Kenapa kau tumbuk aku?”

“Sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati”balas Cina tadi.

“Hey budak!”jerit Spielberg,” Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!”

“Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg… korang semua sama aje!!!”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: