DILEMA SEORANG LELAKI…

6 10 2006

 Aku idamkan isteri yang solehah
Sedangkan aku nak solat pun susah
Aku idamkan isteri yang kiut miut
Sedangkan diriku tidaklah hensem
Aku idamkan isteri yang rajin sentiasa
Sedangkan masaku dihabiskan dengan berbungkus dalam selimut
Aku idamkan isteri yang bersosial bila perlu sahaja
Sedangkan kawan perempuanku tidak terkira banyaknya
Aku idamkan isteri yang berbudi bahasa
Sedangkan mulutku cakap ikut sedap saja
Aku idamkan isteri yang berakhlak mulia
Sedangkan hidupku bertuhankan nafsu seadanya
Aku idamkan isteri yang pintar
Sedangkan aku memang tak suka nak belajar
Aku idamkan isteri yang kaya dengan kesabaran
Sedangkan aku cukup mewah dengan marah berpanjangan
Aku idamkan isteri yang tak berkira
Sedangkan tinggi egoku melangit jua
Pendek kata,
Puteri yang diidamkan sempurna belaka sifatnya
Sedangkan aku serba tak cukup setiap inci dan sukatan
Kena belek balik cermin kenyataan
Jangan asyik hanyut dengan cermin keperasanan
 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: