RENUNGAN…

12 10 2006

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata..
renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan….
renung perbuatanmu, ia menjadi amalan…
renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

 
Indah bukan pada zahir,
tapi terletak pada tutur,
terhampar pada pekerti,
terserlah pada santun,
tersentuh pada hati.
Yang indah itu sukar dicari
tanpa menilai dengan mata hati.

 
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
mengilau,
sahabat yang setia ibarat pewangi yang
mengharumkan,
sahabat sejati pendorong impian,
sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

Harta yang paling menguntungkan SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal Peribadi yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling manis SENYUM,
Ibadah yang paling indah KHUSYU’.

Kejayaan yang hakiki mempunyai 3 syarat:
Iman yang mendalam,
Perancangan/ gerak kerja yang teliti,
Usaha yang berterusan.
(Imam Hassan Al-Banna)

Perkukuhkan bahteramu..
kerana samudera ini amat dalam,
perbanyakkanlah amalanmu..
kerana perjalanan ini amat panjang,
ikhlaskan amalanmu…
kerana pencatatmu sungguh teliti.

Teman yang paling baik adalah..
apabila kamu melihat wajahnya,
teringat akan ALLAH,
mendengar kata-katanya,
menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya,
teringat MATI.

Zuhudlah di dunia,
nescaya kamu disayangi oleh Allah..
dan janganlah tamak terhadap apa yang di tangan
manusia,
nescaya kamu akan disayangi manusia..

Biar betapa kasihnya kita kepada seseorang itu,
ingatlah bahawa cinta kita hanya milik Allah..
Berkasihlah sesama manusia,
namun bercintalah dengan ALLAH..

Dunia adalah lautan yang dalam..
dan telah banyak manusia yang tenggelam,
justeru itu,
sediakanlah perahu untuk belayar..
dan ia adalah Taqwa kepada Allah..
(Luqmanul- Hakim)

 
Beauty of friendship is based on RESPECT,
joy of friendship is based on TRUST,
and strenght of friendship is based on LOVE TO ALLAH..

Lidah seorang bijak itu di belakang hatinya,
jika ia berkata ia kembali kepada hatinya,
maka jika baik baginya ia berbicara,
jika tidak baik ia diam.
Adalah mereka berkata,
“Bahawa hati orang bodoh itu pada hujung lidahnya,
tidak kembali pada hatinya,
apa yang datang pada lidahnya dia ucapkan..”
(Hassan Al-Basri)

 
Beku air mata kerana kerasnya hati,
Kerasnya hati kerana banyaknya dosa,
Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan,
Panjangnya angan-angan kerana banyaknya dosa.

Manusia, alaskan kepalamu dengan bantal
kejujuran,
rebahkan tubuhmu di atas tilam keikhlasan,
selimutkan dirimu dengan kesetiaan
dan tidurlah dalam keimanan.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: