Hmm…

15 10 2006

Minggu terakhir untuk Ramadhan 1427.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas. Ada peningkatan. Tapi sebulan sebenarnya cukup lama untuk berubah.

Masalah masih tetap sama: ISTIQAMAH.

Ertinya melakukan sesuatu perkara secara berterusan.

Sangat sukar bagi aku. Aku sangat alah dengan rutin. Walaupun rutin itu ialah makan nasi setiap hari. Aku sangat inovatif. Sentiasa ingin cuba perkara yang baru, dan sentiasa mahukan yang terbaik. Cuma aku masih belum mengerti apa itu limit. Sangat sukar untuk menelan hakikat.

Kumulakan Ramadhan kali ini dengan target 2 kali khatam alQuran, iaitu 2 juzu’ sehari. Selepas beberapa hari, jumlah itu aku tambah sedikit demi sedikit sehingga 7 juzu’ sehari. Hasilnya, aku tidak lagi mampu meneruskan rythme tersebut dan memberontak…

Sekali lagi perkara sama berlaku. Lagi seminggu untuk berpuasa, dan masih ada 20 juzu’. Masih sempat untuk khatam kali ketiga.

Aku perlu berubah dengan sendiri. Aku pelakon utama hidup aku. Aku tidak boleh menjadikan faktor sekunder sebagai alasan untuk tewas. Hidup hanya sekali. Looser bukan pilihan!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: