Walaupun mustahil tapi kemalangan maut sifar boleh dicapai- PM

18 10 2006

PUTRAJAYA 17 Okt — Walaupun ramai menganggapnya mustahil, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan mahukan tiada langsung kemalangan jalan raya di negara ini terutamanya di musim perayaan.

Beliau berkata, ia boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau faktor jalan tidak elok.

“Kalau kereta tak elok kita boleh baiki, kalau jalan tak elok kita boleh baiki, takkan sikap pemandu tak elok tak boleh diperbaiki,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di sini.

Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab setiap pengguna jalan raya dan bukannya polis semata-mata.

Katanya, satu punca kemalangan berlaku ialah had laju tidak dipatuhi yang menyebabkan pemanduan tidak cermat sehingga mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga penumpang mereka.

“Kemalangan boleh dielakkan, boleh dikurangkan, boleh dipastikan tidak berlaku,” kata Perdana Menteri sambil melahirkan rasa sedihnya kerana terlalu banyak kematian berlaku semasa musim perayaan.

Beliau berkata, setiap kematian itu merupakan satu kerugian modal insan kepada negara.

Abdullah berkata, ini kerana banyak wang telah dibelanjakan serta latihan diberikan, tetapi akhirnya segala yang dibelanjakan itu tidak membawa faedah dan kebaikan.

“Kematian akibat kemalangan jalan raya bukan sahaja merugikan keluarga dan kawan, tetapi menyedihkan negara,” katanya.

“Bagi ibu bapa, mungkin tidak dapat beraya kerana terpaksa menunggu anak cedera di hospital dan yang paling menyedihkan sekiranya yang balik ke rumah mayat pula,” kata Abdullah.

Beliau berkata, keluarga akan hilang tempat bergantung sekiranya kematian itu melibatkan pencari nafkah utama keluarga.

Oleh itu, kematian akibat kemalangan mempunyai banyak sebab boleh merugikan negara dan bangsa, katanya.

Perdana Menteri menasihatkan pemandu supaya sentiasa berhemah dan berpegang kepada pepatah “biar lambat asal selamat”. – Bernama


Tindakan

Information

One response

17 10 2006
k1m1

Menarik.
Sangat indah kata-kata seorang pemimpin.

Bagaimana pula dengan ciri keselamatan kereta di Malaysia?
ABS dan Airbag masih lagi aksesori bagi kereta nasional. Sedangkan, bagi model sama yang dijual di luar negara dilengkapi dengan bukan satu atau dua airbag, tetapi empat pada harga yang lebih murah.
Selagi kereta tin milo tanpa ciri keselamatan masih berkeliaran di jalan raya, mimpi ini hanyalah utopik!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: