Dè ko tok dè?

21 10 2006

Dè ko tok dè? (Sempat atau tidak?)

Ramadhan hampir tamat. Setakat ini hanya berjaya khatam 3 kali.

Ke-4?

Rasanya macam tok dè. Masih ada 25 juzu’ untuk 3 hari.

Kepalaku hari ini amat berat. Mengenangkan raya peperiksaan yang datang secara berjemaah minggu depan, tok dè!

Walau apapun, Ramadhan kali ini menunjukkan peningkatan. Walau masih banyak perkara tidak senonoh yang perlu ditinggalkan, Ramadhan ini lebih baik dari yang lepas.

Apa perasaan beraya tanpa keluarga?

Shadap! Mungkin ada rasa sedikit malang kerana tidak diberi kesempatan, namun kita diajar untuk tengok ke bawah dalam perkara duniawi.

Masih ramai yang terpaksa meneruskan puasa sehingga hari ke 365.

Aku hanya baru sebulan setengah berpisah daripada keluarga. Tapi, insya ALLAH, jika panjang umur, aku masih punya peluang…

Bagaimana dengan yang sudah tidak punya keluarga?

Yang yatim piatu, yang dibuang di rumah kenangan, yang dibawah jambatan, dll.

Aku sangat beruntung.

Kerana itulah, aku sentiasa cuba untuk melengkapkan slogan keramat,

“Aku sangat beruntung kerana…” (Tidak lebih ** patah perkataan).


Tindakan

Information

2 responses

6 11 2006
k1m1

Tak dè.
Raya di France lebih awal dari jangkaan. Puasa hanya selama 29 hari.

9 04 2010
kirana

Alhamdulillah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: