Mengingati mati

18 11 2006

Ada seseorang menegur aku melalui messenger, bercerita tentang dirinya yang sentiasa mengingati mati. Katanya dia sentiasa terbayang dia akan meninggalkan dunia dalam 3 hari.

“Melampau,”kataku dalam hati.

Hari tersebut merupakan hari lahir aku ke 21 dan tiba-tiba ada orang bercakap pasal mati. Hampeh!

Nasib baik aku bukan orang cina yang sangat pantang bercakap pasal mati.

Sentiasa berfikir tentang mati tentulah sangat positif.

Terkenang aku pada suatu ketika semasa aku di sekolah menengah, aku juga sentiasa berfikir pasal mati selepas seorang sahabat maut lemas. Tidak ingin kusebut namanya di sini.
Ketika itu juga ada beberapa kematian orang yang denganku. Aku juga sentiasa terbayang mengenai mati.

Aku pernah bercerita tentang perkara tersebut pada papa, tapi jawapannya hanyalah cerita lawak (lihat cerita: talkin suami mithali)…

Agak sukar diterima kerana ketika itu aku benar-benar serius. Gurauan bukanlah jawapan yang bagus untuk soalah serius.

Namun, selepas berfikir, aku bersetuju dengan reaksi papa. Apabila ditanya soalan demikian, rasanya aku kini akan memberi jawapan serupa…

Berbalik pada individu di atas, aku mengulangi jawapan papa.

Aku menambah kata-kata Rasulullah saw melalui Ibnu Umar ra yang menuntut kita mengejar dunia seolah-olah kita akan hidup selama seribu tahun, dan mengejar akhirat seolah-olah kita akan mati esok. Ya, mati esok, dan bukannya dalam 3 hari!

Aku cuba membuatnya berfikir mengenai hidup seribu tahun, tentang angan-angan dan mimpi.

Aku percaya semua orang punyai impian dalam hidup. Apatah lagi padanya yang lebih muda dari aku (tua ke aku ni?), sudah tentu punya banyak impian.

Sangat rugi apabila impian dibiarkan berlalu hanya kerana terlalu fikirkan pasal kematian.

Kematian adalah sesuatu yang pasti, tiada keraguan padanya. Semua orang akan merasainya. Sekali seumur hidup.

Tapi, hidup juga sekali. Walaupun selepas mati masih ada satu lagi kehidupan, namun hidup inilah yang menentukan hidup selepas mati. Ke syurga atau sebaliknya (NauzubiLLAH)…

Terlalu sayang untuk dibazirkan hidup ini.

Aku membawa contoh seorang bapa yang hilang nyawa dalam perjalanan untuk mengambil keputusan UPSR anaknya. Cuba membawanya berfikir mengenai apa yang difikirkan oleh sang bapa pada hari tersebut.

Kami sependapat: sudah tentu bukan mengenai kematian yang datang menjemput.

Konklusinya: (pendapat peribadi) Berfikir tentang mati adalah sangat positif. Itulah yang sepatutnya menjadi panduan kita dalam meneruskan kehidupan.

Namun, untuk berfikir berlebih-lebihan sehingga untuk mengumumkannya pada semua orang adalah umpama mengumumkan kita ingin makan.

Sudah tentu makan sangat penting. Itulah yang meneruskan hidup kita. Namun, untuk terlalu bercakap pasal makan bukanlah sesuatu yang matang. Tanggungjawab kita di dunia bukan sekadar untuk memastikan kita terus bernafas!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: