Talkin suami mithali

18 11 2006

Seorang suami menghadiri pengkebumian isterinya.

Sampai waktunya untuk talkin, sang suami meminta izin daripada Imam untuk melakukannya. Tanpa banyak kata, Imam membenarkannya. Sudah tentu ahli keluarga lebih afdhal.

Sang suami duduk menghadap kubur isterinya yang masih panas, beralaskan tikar mengkuang.

Sambil membetulkan riba, sang suami menarik nafas panjang. Mungkin mengingati nostalgia pahit manis pengalaman bersama.

“Wahai isteriku sayang,” katanya memulakan talkin, “Jika datang padamu dua malaikat bertanyakan soalan, maka berusahalah menjawabnya dengan betul.”

“Jika mereka tidak berpuas hati dan ingin memukul dari kiri, elakkanlah ke kanan. Jika dari kanan, elakkanlah ke kiri. Sekiranya mereka memukulmu dari hadapan, elakkanlah ke belakang…”

“Kalau dari belakang?”satu suara bertanya.

Sang suami menarik nafas panjang, berfikir. Kemudian membuka mulut, “Kalau dari belakang, kau larilah balik ke rumah!”


Tindakan

Information

One response

26 11 2006
Mengingati mati « Putra Alam

[…] Aku pernah bercerita tentang perkara tersebut pada papa, tapi jawapannya hanyalah cerita lawak (lihat cerita: talkin suami mithali)… […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: