Lagi-lagi Fatwa!

28 01 2007

Masih lagi daripada orang sama. Memang nak kena lempang mamat ni!

Aku masih ingat kata-katanya…

“Tu sais pourquoi on peut pas manger des cochon? C’est parce que à l’époque de Prophet y avait pas de frigo, c’est ça?”

-Kau tahu kenapa kita (Muslim) tak boleh makan babi? Sebab zaman Nabi dulu tak de peti sejuk, kan?

Astaghfirullahal ‘Azim, tergamam aku mendengar kata-kata tersebut.

Aku baru sampai lewat ke universiti, dan baru lepas bersalam dan mengucap bonjour pada kawan-kawan.

Kemudian katanya lagi, “Je sais j’ai une réligion bizarre. Et toi, tu penses pas que c’est une réligion bizarre?”

-Aku tahu agama aku pelik. Dan kau(aku), kau tak rasa agama (Islam) pelik?

Hmmmm, aku menarik nafas panjang.

Pelempang bukan jawapan. Ta gueule( shut up) juga bukan.

Aku hanya berkata, “Aku tak berani untuk memandai. Aku tak faham sangat pasal agama, sebab tu aku tak berani jawab. Aku hanya ikut apa yang aku belajar.

Pelik? Pelik sebab kita tak faham.

Macam matematik contohnya, kalau kita tak faham, matematik juga sangat pelik. Kira-kira seperti integral, differenciel, matrik, etc semuanya pelik bila kita tak faham…”

Aku tinggalkan mamat tersebut kerana kelasku sudah akan bermula.

………………………………………………………….

Aku sebenarnya tidak tahu apa untuk dijawab. Aku yakin dengan agama aku, pelik atau tidak. Kalau haram kata Islam, haramlah jawabku.

Bukan semua perkara dalam Islam boleh ditawar menawar. Tuhan Maha Mengetahui, sedang kita sangat jahil.

Sangat sedih apabila memikirkan ada hamba yang bersikap begini…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: