10 Muharram 1428…

29 01 2007

Sebenarnya tulisan ini langsung tiada kaitan dengan tajuk di atas. Hanya sekadar sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada tarikh ini, bersamaan 29 Januari 2007.

Tidak ada apa yang istimewa, hanya sekadar kelas yang tamat pada pukul 2045. Tiba di rumah pada jam 2100. Meletihkan. Tambahan dalam cuaca yang tidak melepasi 0°C.

Kelas terakhir hari ini ialah teater. Modul tambahan. Hari ini aku agak tidak keruan kerana aku ponteng kelas sebelumnya. Kelas pertama, ketika mana kami dibahagi dalam beberapa kumpulan. Tanpa kumpulan, aku memang menjadi watak tambahan hari ini.

Sebenarnya aku tidak perlu menghadiri kelas teater kerana aku telah memilih modul lain. Namun, mengenangkan kebaikan prof, dan kata-kata manis aku ketika mula-mula menyertai kelas ini, aku tidak sanggup untuk menarik diri.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Walaupun untuk menyeluk pekasam ini aku terpaksa pulang ke rumah pada jam 9 malam.

Hmm, ia bukanlah masalah besar kerana kelasku esok tamat jam 8 malam dan lusa 7 malam. Alah bisa, tegal biasa…

Aku tidak faham dengan diri aku sekarang. Kelas yang berlambak menjadikan aku agak gila. Tidak keruan pada waktu cuti.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: