Salah ke mandi hari-hari?

31 01 2007

Hari ini ada satu presentation bertajuk “Ecology” untuk kelas bahasa Inggeris.

Persoalan ekologi seperti pemanasan global, kesan rumah hijau, dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya memang sesuatu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Perancis.

Contoh paling mudah ialah apabila hampir semua calon presiden Perancis melutut di hadapan Nicolas Hulot, calon Pacte Ecologique. Politik!

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah persoalan tentang air bersih di dunia. Masih banyak tempat di dunia pasca perang yang makmur dan permai hari ini tidak punya bekalan air bersih. Air bersih masih menjadi barang mewah di sesetengah tempat.

Tentu sekali persoalan seterusnya ialah tentang pembaziran.

Keluar satu soalan: Siapa mandi setiap hari?

Hanya aku seorang yang mengangkat tangan. Semua mata yang ada dalam kelasku tertumpu padaku. Setidak-tidaknya itulah yang aku fikir!

Aku berkata pada diri sendiri, “Nasib baik aku tidak kata aku mandi 2 kali sehari!”

Erm, salah ke mandi hari-hari?


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: