Sebuah kisah pada hari yang kurang sejam…

26 03 2007

25 MAC 2007.

Hari ini ada Annual Briefing di Porchester Hall, Porchester Road, Bayswater, London W2 5HS untuk semua pelajar Petronas di France, Ireland & UK.

Esok, Isnin, 26 Mac 2007, aku ada 2 exams, tapi ‘komitmen’ sebagai Petronas’ scholar membuatkan aku menggagahkan kaki untuk ke London.

Penyelesaian aku kali ini ialah … penerbangan pergi balik dengan Bristish Airways (kerek kan!). Kerana aku mesti berada di IUT A Toulouse pada pukul 0800. Mesti. Berbeza dengan tahun lepas ketika mana aku hanya menggunakan khidmat easyjet (low cost yang sudah tidak berapa lowcost!). easyjet hanya ada penerbangan pergi, dan untuk balik, kena tunggu esok!

BERBALIK kepada tajuk di atas, hari ini ialah hari untuk France dan kawan-kawan sewaktu dengannya menukar jam, daripada waktu musim sejuk kepada musim panas. Ertinya hari ini tiada pukul 0200, selepas 015959, jam menunjukkan pukul 0300.

Pagi:

Seperti biasa, aku bangun pagi, mandi, (takkan nak tulis detail kot!) dengan kelajuan biasa. Jam masih pukul 0700, aku bersarapan di hadapan awek VAIO aku yang semakin dimamah usia (baru 3 tahun, aku sayang lagi tau!), yang jamnya menunjukkan pukul 0800…

YA RABBI, macam mana aku boleh terlupa…

Flight aku pukul 1030, bererti waktu check-in bermula pukul 0830, dan untuk ke Aéroport de Blagnac aku perlukan lebih kurang sejam pada hari Ahad…

Mati aku!

Alhamdulillah, aku masih sempat check-in. Rasanya akulah penumpang terakhir yang berbuat demikian, kerana aku langsung tidak menunggu lama di balai menunggu…

Tengah hari:

Di London.

Lebih kurang pukul 1130, aku tiba di Victoria Station, menaiki Gatwick Express dari Gatwick International Airport. Kawan-kawan senasib lain dari France semuanya sudah tiba sehari lebih awal. Memandangkan program yang hanya akan bermula pada pukul 1500, aku bertanya pendapat seorang kawan tentang apa yang perlu aku buat.

Katanya, tunggu kami di Bayswater station.

Bergeraklah aku ke Bayswater station…

Bayswater Underground Station 

Tidak ingin aku bercerita panjang tentang apa yang terjadi, cukuplah sekadar aku berkata aku berdiri di hadapan station tersebut lebih daripada sejam menanti 20 minit.

Ingin aku ceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku. Bayswater station adalah underground station terdekat dekat Malaysian Hall. Malaysian Hall seperti yang anda tahu adalah untuk orang Malaysia. Dengan kata lain, di station ini anda akan dapat bertemu ramai warga Malaysia!

Bagi aku yang sangat jarang bertemu warga Malaysia, aku rasa sangat gembira. Rasanya bukan aku seorang. Kebanyakan warga Malaysia (setidak-tidaknya Toulousains yang aku kenal) sentiasa very happy bertemu orang Malaysia. Gumbira!

Tidak berapa betul di sini. Warga Malaysia berkeliaran, dan aku yang berdiri di hadapan station seolah-olah bagi mereka  tidak berbeza sangat jika dibandingkan dengan pondok telefon merah kebanggaan kota London. Cuma aku pandai senyum, walaupun kekadang senyuman aku langsung tidak dilayan, atau tidak dipandang…

Cuma ada seorang yang menegur aku,”Awak dari London?”
“Erm,tak,” jawabku, “Dari Toulouse…”
“Oklah, thanks!”

Huh, rupanya dia tersesat jalan!

Lagi satu, ada seorang,erk 2 orang, ketika aku menanti lampu isyarat ingin melintas jalan aku ternampak mereka di seberang jalan merenung aku. Orang Malaysia, aku pasti. 100%. Aku mematikan langkah tidak melintas jalan menanti mereka sampai untuk bertukar sepatah dua kata.

Malangnya, apabila mereka sampai di hadapan aku, aku langsung tidak dipandang!

Porchester Hall

Briefing bermula. Sejak tahun lepas, aku ada kerja baru : Pembaca Doa.

Kata Dato’ Ainon Marziah Wahi, VP (HR) Petronas, “Dah ada slank French ketika baca doa!”

Ntah!

Agenda biasa. Sudah tentu, isu elaun pelajar UK yang kerdil jika dibandingkan dengan rakan-rakan JPA dan MARA diutarakan. Duit, beb!

Kami di France?

Sangat kerdil dan ketot jika dibandingan dengan elaun JPA, MARA atau Telekom, tapi kami memilih untuk berdiam. Kerana kami sudah bising di PAris, beberapa hari sebelum ini.

Petang

MEMANDANGKAN flight aku (pukul 2030), aku terpaksa meminta diri untuk pulang.

Ahad, agak sukar untuk bergerak di Eropah. Servis awam tidak sekerap hari biasa.

Aku terpaksa tunggu lama untuk underground, dan terpaksa menanti train Gatwick Express hampir setengah jam hanya kerana aku terlewat beberapa minit.

Mampus aku!

Kemungkinan aku terlepas flight semakin meningkat…

Gatwick International Airport

Aku tiba ketika jam menunjukkan 1940, dan flight aku akan berlepas kurang sejam dari sekarang.

Kalut!

Kalut kerana Bristish Airways berlepas daripada North Terminal, dan Gatwick Express berhenti di South Terminal. Perjalanan masih jauh. Masa pula makin suntuk.

Cuma nasib baik aku sudah mengambil boarding pass aku ketika di Blagnac!

AKU sangat terkejut melihat barisan panjang beratur untuk masuk ke balai berlepas. Terlalu amat sangat panjang sekali.
Flight aku pula akan berlepas dalam masa kurang setengah jam!

ITULAH kali pertama dalam hidup aku memotong barisan. Tiada pilihan lain.

Aku merayu pada seorang penumpang, meminta izin memotong barisan, “I missed the train, and am now very late to queue up from there…”-nun jauh di hujung sana!

Alhamdulillah, diterima. Syukur.

Namun aku masih sangat lambat, atau kurang berkesan, kerana hanya beberapa pintu dibuka. Sebagaima yang aku cakap di atas, hari Ahad, orang putih sangat celika!

Terpaksalah aku meminta tolong Pak dan Mak Guard, untuk maju ke depan, kerana aku sudah terlalu amat sangat lambat. 15 minit lagi.

Mak Guard tidak layan, hampeh betul.
Nasib baik ada Pak Guard yang memahami, membawa aku terus ke kaunter pemeriksaan passport. Makcik di kaunter tersebut menyuruh aku terus ke security check, dan itulah yang aku buat.
Walaupun ada yang marah kerana aku memotong barisan dengan alasan,”I’m goin to miss my flight…”

Selamat, Alhamdulillah, aku sempat menaiki kapal terbang British Airways…

Malam

Toulouse, 2330.
(Penerbangan Toulouse-London mengambil masa hampir 2 jam, tetapi aku sampai jam 2330 kerana perbezaan waktu antara France dan UK)

Aku sudah sangat letih. Kerana biasanya jam sudah menunjukkan waktu 0030. Perjalanan ke rumah masih jauh, lebih jauh daripada pagi tadi kerana bas malam berbeza daripada siang.

Opss, hampir terlupa: aku masih ada 2 exams esok!

AKU sampai di rumah hampir jam 0100. Letih. Masih kena studi. Dan juga sangat lapar, kerana aku langsung tidak makan, serta tidak makan selepas majlis di London kerana mengejar flight…

26 MAC 2007 

AKU tidak dapat bangun pagi kerana terlalu letih, dan terlepas exams. Letih ke London, dan ditambah pula dengan letih perjalanan aku ke Paris pada hari Khamis…
Bermakna aku perlu mendudukinya pada hari Jumaat, 30 Mac 2007. Nasib baik aku punya rekod baik di IUT!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: