Rindu?

6 05 2007

Kau pernah dengar tak pasal fatwa kalau kita hafal Quran, berdosa kalau kita lupa?” tanya seorang sahabat pada satu malam. 

“Pernah,” kataku ringkas.

Tidak seringkas apa yang berlaku dalam kepala dan hatiku. Mendengarkan soalan tersebut, aku bagaikan terkena kejutan elektrik. 

“Bukan ke Islam tak pernah hukum kita kalau kita tak sengaja?” tanyanya lagi, “Macam kalau kita terlepas sembahyang sebab tertidur…” 

“Berdosa kalau kau memang sengaja lupa,”terangku, “Kalau kau langsung takde usaha untuk baca…” 

Aku tidak dapat menerangkan perkara tersebut lebih panjang, atau lebih tepat tidak sanggup. Setiap ayat yang keluar menghukum aku sendiri… 

Terbayang betapa jauhnya aku dengan al Quran.  Aku tidak akan menjadi diri aku sekarang tanpa al-Quran. Aku tidak akan berada di sini.

Sukar untuk aku bayangkan diri ini tanpa al-Quran. Terlalu banyak perkara yang datang selepas “perkenalan” aku dengan al-Quran. Hidupku sangat bermakna dengan al-Quran. 

Banyak perkara yang sebelumnya langsung aku tidak berani untuk bermimpi, menjadi kenyataan berkat al-Quran.

Kerana jika dibandingkan dengan yang lain, aku tidak punya kelebihan lain, selain ada al-Quranul Karim sebagai teman… 

 …al Hafiz?

Gelaran yang sangat jarang dikaitkan dengan aku.Mungkin kerana aku tidak berada di tempat biasa bagi orang seperti aku. Tambahan, aku rasa aku jauh daripada layak.

Memang aku pernah menghafal al-Quran, aku punya sijil untuk buktikannya, tapi hidupku sangat jauh untuk dibandingkan dengan kehidupan al Hafiz ideal.Walaupun aku sangat kepingin…

 Alangkah indah hidup bertemankan al-Quran!

 AKU menarik nafas panjang. Mengenang kembali masa dulu, ketika sentiasa berdamping dengan KalamuLLAH. Memikirkan masa kini yang agak renggang dengan al-Quran. Merenung masa depan, yang kuharap lebih baik dari hari ini… Hidup hanya sekali. Aku sangat bertuah dipertemukan dengan al-Quran.

Yang aku tahu, aku sangat celaka jika aku lupakannya; Nauzubillah. 

“Ya ALLAH, rahmatilah kami dengan al-Quran, jadikanlah al-Quran imam, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya ALLAH, ingatkanlah kami apa yang telah Engkau lupakan daripada kami, dan ajarilah kami apa yang kami jahil tentangnya,  dan kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk membacanya pada waktu siang dan malam. Dan jadikanlah al-Quran pelindung kami, Ya Rabbal ‘Alamiin.”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: