Naik, naik!

21 05 2007

Apa yang naik?

Hari ini, akhbar-akhbar tempatan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam.

Minggu lepas, akhbar-akhbar yang sama menyiarkan berita banyak barang keperluan di Malaysia naik harga.

Siapa agaknya yang dapat untung?

Kita di Malaysia sentiasa menjadi mangsa. Sejurus selepas harga minyak di pasaran dunia naik, harga minyak nasional juga naik. Seterusnya, barang-barang keperluan dan yang tidak perlu akan naik harga.

Kerana semua barang perlukan pengangkutan. Dan, pengangkutan hari ini, (laut, udara dan darat) semuanya menggunakan bahan api daripada sumber petroleum. Di Malaysia, barang keperluan tidak lagi diangkut dengan kerbau atau kuda!

Bagaikan formula matematik yang pekalinya ada petrol: sekali harga petrol naik, harga semua barang naik.

Tapi, bila harga minyak dunia turun, kerajaan berkata,”Tunggulah sehingga bawah US$50!”

Dan, apabila harga minyak turun di bawah US$50, kerajaan menjawab,”Tunggulah stabil!”

Seterusnya, dengan kenaikan gaji, sudah tentu rakyat terlupa, mereka pernah ditipu!

BERBALIK pada kenaikan gaji, setiap kali ada yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Yang sering dipersalahkan ialah Kedai Kopi Ahmad, Kedai Runcit Buncit, Pasar Raya Mata Ikan, gerai Kak Mah, dan lain-lain, yang punya pertalian terus dengan pengguna.

Mereka dipersalahkan, sedang yang kaya raya adalah tauke besar, pemborong dan lain-lain.

Dengan kata lain, orang tengah.

Namun, Malaysia bukanlah contoh unik. Perkara ini berlaku di mana-mana.

Jika kita lihat di Eropah, perkara sebaliknya berlaku. Pengguna menjadi raja, kerana persaingan sengit antara peniaga (contoh mudah: pasaraya seperti LIDL, Carrefour, Leclerc, ASDA, TESCO, Giant, Auchan, dll;sekadar menyebut beberapa nama). Semuanya berperang dengan satu senjata utama untuk menarik pengguna: harga.

Untuk memastikan harga rendah dan mengekalkan keuntungan, cara yang paling mudah ialah dengan mempergunakan pengeluar. Contohnya, sebiji melon di Perancis berharga 1€ di ladang. Kos pengangkutannya adalah 0.50€, dan dijual pada harga 3€ sebiji di pasaraya seperti Carrefour dan Leclerc. Bayangkan siapa yang sangat beruntung?

Di Malaysia dan di Perancis, jawapannya tetap sama. Tidak perlulah kita lihat ke negara lain  kerana jawapannya tetap orang tengah yang bermaharajalela.

Kerana itulah hari ini kita dapat lihat label “Commerce Equitable” atau “Fairtrade”, atau dalam bahasa melayunya perniagaan adil.

Adil kerana tiada lagi tangan jahat orang tengah, dan pengeluar terjamin pendapatannya. Antara produk utama yang dapat kita lihat dengan label ini ialah kapas yang kebanyakkannya daripada negara-negara Afrika dan kopi (Amerika Selatan).

Di Perancis, perkara ini sangat menjadi trend, sehinggakan hari ini pasaraya-pasaraya yang ada diwajibkan untuk mengambil bahagian dan menyediakan ruang untuk “Commerce Equitable”. Ironi!

DI MALAYSIA, perkara ini masih sangat jauh untuk menjadi kenyataan.

Ramai petani kita yang berhenti menanam padi, kerana hasil yang tidak seberapa (malah kadangkala rugi). Commerce Equitable atau Fairtrade masih menjadi mimpi!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: