Toulouse Football Club: Champions League 2007/8!

27 05 2007

TFC

Kisah yang sangat menakjubkan. Toulouse Football Club layak ke Liga Juara-juara musim depan selepas mengisi podium Ligue 1. Kenapa, tak percaya?

Tiada siapa yang pernah menyangka TFC akan layak ke CL musim depan. Dengan kata lain, TFC hari ini boleh dibandingkan dengan Liverpool dan Arsenal di England, Lazio dan AC Milan di Itali, Werder Bremen di Jerman dan kelab-kelab lain yang layak ke CL melalui pusingan kelayakan.

Ajaib, kerana tiga hari sebelum perlawanan terakhir Ligue 1, mimpi Toulouse sudah ‘terkubur’, di tangga ke tujuh, 53 mata selepas seri dengan Nantes.

Tuah sukakan Toulouse apabila Lembaga Disiplin LFP memberikan 3 mata kepada Toulouse, kerana perlawanan di Nantes terpaksa dihentikan 3 minit sebelum tamat masa. Perlawanan tidak dapat diteruskan kerana penyokong Nantes yang mengamuk dan menjajah padang. Mengamuk kerana Nantes akan diturunkan ke Ligue 2 selepas menjadi juara dari belakang Ligue 1.

Keputusan ini menjadikan mimpi CL TFC kembali. Kembali, kerana TFC, dengan tambahan 2 mata, menduduki tempat ke-6, di belakang Lyon, Marseille, Lens, Bordeaux, dan Rennes. Lyon dan Marseille sudah mengesahkan tempat mereka, dan tempat ke 3, menjadi rebutan TFC dan 3 kelab lain.

Dengan kata lain, untuk mendapat tempat ke-3, sinonim dengan pusingan kelayakan CL, Toulouse perlu mengalahkan Bordeaux (ke 4), Lens(ke 3) mesti kalah, dan Rennes (5) tidak boleh menang. Syarat yang sangat sukar bagi Toulouse.

Kerana Lens hanya perlu menang, atau jika seri, Rennes dan Bordeaux tidak boleh menang.

Bordeaux juga sama, perlu menang, dan mengharapkan Lens seri. Jika seri, dan Lens kalah, Les Girondins de Bordeaux masih layak.

Rennes perlu menang, dengan harapan, Lens seri atau kalah, dan TFC seri dengan Bordeaux.

Namun, realiti memihak pada Toulouse. Lens kalah di Troyes(0-3), Rennes seri di Lille(1-1), dan Toulouse menang dalam perlawanan menentang Bordeaux (3-1).

Dan, TFC layak buat kali pertama dalam sejarah ke CL.

Gembira sakan, sehinggakan Datuk Bandar Toulouse, Jean-Luc Meaudenc cedera di kaki kerana dihumban ke dalam kolam. “First time,”bak kata orang putih…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: