Pilihanraya atau Pilihlah saya?

1 06 2007

Demokrasi, bagi kebanyakan antara kita, sinonim dengan pilihanraya. (eng: election; fr:élection)

Di Malaysia kita ada Pilihan Raya Umum (PRU).
Di Republik Perancis, ada pilihanraya presiden, legislatif, dan untuk memilih kerajaan tempatan.

Secara umum, pilihanraya, atau demokrasi melibatkan dua pihak atau lebih, dan pemenang ditentukan melalui jumlah suara yang diraih. Atau lebih tepat, kertas undi, kerana rakyat keluar mengundi.

Di Malaysia, pembangkang sentiasa menyifatkan pilihanraya sebagai kotor. Kotor, dan semakin kotor. PRU 2003 dilabel sebagai ‘paling kotor dalam sejarah’ sebelum Pilihan Raya Kecil Ijok merampas label tersebut.

Muktamar PAS ke-53 masih membincangkan topik serupa. SPR dikecam dan dianggap sebagai anjing kerajaan.
Wallahua’lam.

Penulis memilih untuk bersikap neutral, cuma berpendapat, adalah lebih bagus jika tarian kita teruk untuk belajar menari dengan baik, daripada lantang bersuara menyalahkan bumi yang tidak rata atau musik yang tidak bagus. Sekali lagi, sekadar pendapat!

Penulis teringat kepada kata-kata seorang teman dari sebuah negara ‘Arab’, atau lebih tepat disebut sebuah negara Afrika Utara mengulas cadangan Menteri Dalam Negeri (ketika itu), Nicolas Sarkozy, untuk membenarkan penduduk tetap yang memenuhi beberapa syarat mengundi:
“Aku tidak pernah mengundi di negara asal aku,”katanya,”Kerana cuba kau lihat di negara-negara Arab, majoriti sentiasa sangat besar, kadangkala tidak jauh daripada 100 peratus.”
“Rasulullah saw sekalipun,” katanya,”Rasanya tidak akan mendapat 100 peratus undi kerana kewujudan golongan munafik!”
“Kau rasa mereka (pemimpin-pemimpin yang menang dengan majoriti masif tersebut) lebih baik daripada Rasul saw?”

Penulis hanya sekadar membisu.

AHAD, 27 Mai 2007:

Presiden Bashar Al-Assad, 41, sekali lagi dipilih sebagai Presiden Syria untuk madat kedua selama 7 tahun selepas ‘memenangi’ referendum yang diadakan pada hari ini dengan 97,62 peratus undi.

Untuk makluman, 11.92 juta rakyat Syria mengundi, atau 96 peratus daripada yang layak mengundi…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: