Pat-pat siku lipat, siapa rapat dia dapat – PAC

6 10 2007

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu pemberian kontrak secara rundingan terus bagi projek kerajaan dikurangkan kecuali bagi projek yang memerlukan kepakaran tertentu.

Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata ini bagi mengelak timbulnya sebarang masalah terutamanya penyelewengan kewangan akibat kurangnya pemantauan dan pengawasan bagi projek-projek yang dilaksanakan.

“Sebaiknya pemberian tender secara rundingan terus ini hanya dalam keadaan di mana pihak yang boleh laksanakannya terhad. Kalau satu-satu projek itu boleh dilaksanakan oleh banyak pihak, mengapa mesti ada rundingan terus, ini macam siapa cepat dia dapat atau siapa rapat dia dapat.

“Kita kena elakkan perkara ini kerana gambaran ini memang tidak sihat, sebab itu kalau dikurangkan sama sekali projek rundingan terus, ia akan lebih lagi menjadikan kontraktor, pembekal dan ahli perniagaan kita lebih profesional, dan inilah caranya untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung isu pembelian perbekalan peralatan bagi lapan buah Institut Kemahiran Belia Malaysia (IKBN), di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBs), seperti mana yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang diedar bulan lepas.

Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohd Yasin Salleh mengetuai delegasi tujuh wakil kementerian itu termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Muhamad Batri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Mohid Mohamed.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara membuat teguran terhadap proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi IKBN pada kadar melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.

Merujuk isu-isu yang ditimbulkan, Shahrir berkata apa yang berlaku berpunca daripada masalah serupa, iaitu pemberian tender secara rundingan terus dan tidak cukup pengawasan daripada KBS dan Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang melebihi bajet.

Bagi mengatasi masalah seumpamanya di masa akan datang, PAC telah meminta Kementerian Kewangan memberikan senarai semua projek rundingan terus di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Jawatankuasa itu telah meminta Jabatan Audit Negara dan Bahagian Pemantauan dan Kawalan Kementerian Kewangan supaya segera menubuhkan jawatankuasa audit dalaman bagi setiap projek rundingan terus yang dilaksanakan.

“Maknanya daripada awal mestilah ada pihak audit untuk memastikan bahawa projek-projek rundingan terus itu tidak berhadapan dengan masalah pada masa akan datang,” kata Shahrir.
BERNAMA


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: