Apa ni?

4 11 2007

Pelik.
Kata sang menteri separuh harga, atau bahasa saintifiknya Semi Value, Menteri Bekerja dan Beraya, kerajaan perlu membayar pampasan jika runding semula harga tol yang kerjanya adalah naik, naik dan naik.

Rasanya semua yang berakal akan bertanya “Siapakah mangkuk hayun yang bijak nak mampus membuat kontrak?”
Bijak nak mampus, tapi masalahnya kecik-kecik dulu tak nak mampus, bila dah besar, menyusahkan orang, dan rakyat jelata!

Berikut adalah propaganda datuk seri nilai separuh:

Edisi Nasional : Kena Bayar Pampasan Jika Runding Semula Harga Tol – Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya jika ingin mengadakan rundingan semula mengenai harga tol.

“Apabila kita mula perbincangan semula saja kita kena bayar ganti rugi. Itulah satu masalahnya. Kerajaan kena bayar pampasan kepada mereka jika kita mahu menukar atau meminda apa yang ada dalam perjanjian itu.

“Tanpa bayaran ganti rugi kita tak bolah buat apa-apa,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mencadangkan beberapa perkara kepada Kabinet mengenai pampasan itu supaya kedua-dua pihak (rakyat dan syarikat konsesi) mendapat kesan yang baik.

“Kami telah hantar kepada jemaah menteri untuk menimbangkannya. Apabila kami dapat keputusan daripada jemaah menteri baru kami akan umumkan,” katanya.

Mengenai isu kutipan tol yang berlebihan berbanding dengan kos pembinaan lebuh raya yang dibangkitkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) beliau berkata kutipan tol itu bukan hanya untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya tetapi untuk pelbagai kos lain seperti penyelenggaraan, operasi dan kewangan.

“Jika kutipan tol tidak mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan itu, syarikat swasta tidak akan mendapat pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan,” katanya.

Beliau berkata kontrak konsesi kepada Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) ialah untuk membina 60 peratus lebuh raya dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Baharu dengan perbelanjaan RM6.3 bilion manakala kerajaan membina 40 peratus lagi dengan perbelanjaan lebih kurang RM3 bilion.-Bernama


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: