ISRAËL PARLE DE PAIX, MAIS PRENDRE LA TERRE!

10 11 2007

peta wilayah palestin-israel
Kronologi

Sabtu, 10 November 2007:

Aku keluar, seperti biasa di hari minggu bersiar-siar, menikmati matahari Sud de France.

Tidak berapa tahu arah tuju, kakiku melangkah ke Place de la Comédie. Tempat yang sangat biasa dilawati jika anda ke Montpellier.

Khemah-khemah putih menarik perhatianku. Tertulis « Exposition du Tiers Monde » atau bahasa Melayunya « Pameran Dunia Ketiga ».

Dunia ketiga ?
Antara yang menyertai pameran ini ialah Associations Humanitaires (Persatuan Kemanusian) yang ‘berkhidmat’ di 15 negara dunia ketiga.

Dan yang paling menarik perhatian aku ialah Journée Internationale d’action « Le monde dit NON à l’occupation israélienne » (BM- Hari Bertindak Antarabangsa : “Dunia berkata TIDAK pada penjajahan Israel”).

Program anjuran Association France Palestine Solidarité, Association des Palestiniens en France 34, Campagne Civile Internationale de Protection du Peuple Palestinien (CCIPPP), Génération Palestine, Union Générale des Etudiants de Palestine (GUPS) Mouvement de la Paix, Mouvement Pour le Désarmement la Paix et la Liberté (MDPL)…

Mungkin anda tidak faham maksud nama persatuan-persatuan di atas, tapi yang ingin ditekankan ialah kuantiti persatuan yang ada menyokong Palestin menentang Israel.

Kualiti ?
Cukuplah aku berkongsi satu cerita, yang berlaku didepan mata sendiri hari ini :

Aku tidak berapa ingat tentang apa yang berlaku, tapi aku masih ingat tentang kesungguhan seorang makcik yang mempertahankan rakyat Palestin, sambil memegang poster yang memaparkan wilayah Palestin yang kini menjadi jajahan Israel…

Melihatkan kesungguhan mereka, aku malu sendiri. Mereka hanyalah ‚orang luar’ yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

Orang luar kerana aku sepatutnya lebih dekat dengan orang Palestin; bukankah kita dan Muslim yang lain bersaudara?

Simpati orang luar ini, bukan sekadar dengan ‘hati’, tetapi jauh daripada itu, mereka sendiri pergi ke bumi Palestin membantu penduduk Palestin. Mereka juga menawarkan pakej pelancongan ke Palestin untuk menyaksikan ‘persembahan’ dajal Israel.
Anda berani?

Aku?
Memandang pasport Malaysia tidak membenarkan kita ke sana, dan aku juga tidak punya cuti untuk mengikuti pakej pelancongan tersebut (alasan!), aku hanya membeli poster dan pin, tanda sokongan…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: