Talqin

18 11 2007

Aku dapat link di atas daripada seorang sahabat, pada tarikh dan waktu seperti di atas.

Mungkin agak aneh jika bercakap tentang kematian pada hari lahir sendiri, tapi sedar atau tidak, pada setiap saat itu juga umurku bertambah pada pandangan normal, hakikatnya umurku berkurangan sesaat, dan aku sebenarnya semakin hampir dengan kematian yang pasti!

Bermakna, hari ini 18 November 2007 umurku genap 22 tahun, dan umur kurniaan ALLAH padaku juga sudah berkurangan 22 tahun.
Wallahua’lam, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui berapa lama umurku yang tinggal.

Semoga aku dan anda semua dipilih untuk hidup sebagai mujahidin fi sabiliLLAH, mati kita adalah mati para syuhada’ dan kita insya ALLAH akan ditempatkan bersama para anbiya’.
Amin.

Bercakap mengenai klip di atas, bagiku talqin di atas sangat menyentuh hati. Tazkirah yang menginsafkan, walaupun tempat kejadian bukan di sebuah ‘negara Islam’.

Talqin ini ditujukan kepada yang masih hidup, yang masih boleh berfikir dan insya ALLAH masih sempat untuk mempertingkatkan amalan atau bertaubat.

Berbeza dengan talqin yang biasa kita dengar di negara kita yang ditujukan lebih kepada si mati, dengan soalan-soalan bocor…

Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada hakikat kematian, yang biasa kita dengar sebagai kiamat kecil bagi kita.

Benarlah kata hukama’, “Cukuplah mati sebagai peringatan…”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: