SHARING IS CARING…

9 04 2008

Selasa, 9 April 2008.

« Excusez-moi Monsieur, est-ce que vous avez vu un chat gris quelque part par ici ? »
-Maafkan ambo, demo ado napok tok kucing kelabu kawé?

Itulah soalan seorang nenek padaku di puncak bukit dalam Le Jardin du Plateau des Pôétes de Béziers.

Le jardin, atau melayunya taman, sangat besar, dan aku sendiri yang masih muda (jika dibandingkan dengan nenek itu) mengambil masa lebih 20 minit untuk membuat satu pusingan. Malah, aku sendiri hampir tersesat !

 Nenek itu mencari kucingnya yang ‘lari’ dari rumah. Tangan kanannya memegang tas tangan, dan tangan kirinya memegang makanan kucing yang dibalut dalam tisu.

Agak tersentuh hatiku melihat nenek yang bersusah payah ‘mendaki bukit’, berjalan perlahan-lahan menggagah kudrat yang dimamah usia, untuk memberi makan kepada kucingnya yang dirindui.

 Tidak tergamak untuk mengatakan tidak secara percuma, aku cuba bertanya sedikit sebanyak tentang kucing kelabunya (Lagipun aku ada banyak masa -rujuk hujung cerita ), setidak-tidaknya tidaklah aku kejam sangat. Simpati !

 Maka berceritalah nenek tersebut tentang kucing yang dibelanya sedari kecil, sejak dari baby, bak kata orang putih. Kucing itulah, katanya, yang menemaninya ketika menonton tv, sewaktu makan, dll, « comme tout le monde » ; seperti orang ramai. Kucingnya itu menjadi teman setianya, sehinggalah suatu hari, ia inginkan kebebasan, selepas kenal dunia !

 Dan, hari ini masuk 8 hari kucingnya lari dari rumah, dan setiap tengah hari, di puncak bukit itulah tempat pertemuan mereka ; di mana kucing itu muntah ke darah.

Katanya, paling tidak pun, dia sudah menunaikan tanggungjawabnya memberi makan kepada si kelabu !

Sekali lagi aku terharu mendengar luahan hati sang nenek, masih sanggup menggagahkan diri untuk menunaikan tanggungjawabnya pada seekor binatang dipanggil kucing.

Aku terfikir sejenak, bagaimana pula dengan diriku ?

Terdetik untuk membandingkan diri sendiri dan juga golongan muda sekarang dengan sang kucing.

Suatu ketika dahulu, sering bermanja dengan keluarga, mendapat apa sahaja yang diingini, dan ditatang bagai minyak yang penuh. Normal la kan, budak kecik!

Tapi, adakah budak kecik ini tahu mengenang budi?

Banyak orang hari ini yang alpa dengan tanggungjawab terhadap ibubapa yang bersusah payah membesarkan mereka.

Kalau ketika kecik sentiasa di bawah ketiak mak bapak, apabila besar, kenal dunia, ibu bapa diletakkan ke tepi;  kepentingan sendiri dan peribadi lebih aula.

Mengadap ibubapa dan menikus hanya ketika dibelenggu masalah, terutamanya kewangan.

Ibu bapa pula, ada yang bersengkang mata, membanting tulang bekerja, mengorek tabung di bank dan bawah bantal untuk memenuhi hasrat si anak. Malah, tidak kurang yang sanggup berhutang demi anak tercinta, memenuhi tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Rasanya tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh, lihat sahajalah di sekeliling kita. Atau, untuk tidak mengata sesiapa, cukuplah dengan kisah klasik Melayu si Tanggang!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: