Antara memberi ikan dan memancing ikan…

20 04 2008

Gambar hiasan

Ekonomi dunia hari ini tidak lagi keruan. Episod subprime di Amerika Syarikat tahun lepas hanyalah permulaan bagi krisis yang semakin panjangnya senarainya.

Kejatuhan dolar, rekod harga minyak yang sering dipecahkan hari demi hari, kenaikan harga bahan mentah dan komoditi, dan juga Inflasi.

INFLASI, yang antara lainnya mendorong harga barang keperluan meningkat naik, dan meluaskan jurang antara yang kaya dan yang miskin. Si Kaya semakin kaya, dan, malangnya, si miskin semakin miskin.
Sehinggakan si miskin kini tidak lagi mampu memenuhi keperluan asas untuk mengalas perut…

HARI ini demonstrasi menentang ketidakadilan semakin banyak berlaku di negara-negara dunia ketika yang menjadi mangsa inflasi dek kebangkitan ekonomi orang-orang kaya baru di China, India dan Brasil.

Mesir, Mauritania, Haiti, Indonesia, dan banyak lagi negara; lebih kurang 30 jumlahnya. Negara-negara miskin…

Miskin, kerana banyak bergantung kepada negara-negara luar, sehinggakan mencacatkan pertumbuhan ekonomi sendiri.

Haiti contohnya, telah membuka mata banyak pihak tentang kelemahan sistem bantuan yang diamalkan oleh negara-negara maju.
Haiti, negara termiskin di benua Amerika, terlalu bergantung kepada makanan yang diimport terutamanya dari Amerika Syarikat yang lebih murah kosnya, yang dihulur masuk oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusia atau NGO.

Akibatnya, pertanian domestik tidak cukup untuk memenuhi keperluan dalam negara dan Haiti ‘dijajah’ oleh negara-negara ‘pemurah’ dan ‘baik hati’ yang menyalurkan bantuan ‘kemanusian’.

Kemanusiaan?
Wallahua’lam.
Kerana bantuan ini tidak lebih daripada bantuan yang disebut dalam pepatah Cina, hanya memberi ikan, dan bukannya mengajar memancing.
Apabila ikan mahal, mereka berhenti membantu, dan membiarkan rakyat Haiti yang sentiasa biasanya hanya menikus menanti makanan merana.

Walaupun kita tahu mengajar memancing lebih baik daripada memberi ikan, tetapi berapa ramaikan di antara kita yang bersedia ‘menyusahkan diri’ memancing; mengotorkan tangan mencari umpan, dan menanti lama hasil yang belum tentu bertemankan nyamuk dan pijat?

Rakyat Haiti memilih ikan daripada memancing: siapakah yang bersalah?

MEMBERI ikan secara zahirnya nampak lebih ‘pemurah’, mudah dan hasilnya di depan. Angka-angka, dan majlis penyerahan bantuan sebagai bukti kebaikan hati.

Namun, yang biasa berlaku ialah ikan-ikan tidak dibahagi sama rata, dan terlalu banyak kucing tamak yang mementingkan diri sendiri.
Kerana, kebanyakan bantuan yang dihulurkan bukan LiLLAHI TAALA, tetapi untuk kepentingan ekonomi masing-masing.

Mungkin kerana itulah kerajaan Perancis masih menutup mata dan memekakkan telinga melihat pemimpin-pemimpin negara Afrika membeli hartanah dan kereta mewah menggunakan harta kerajaan!

Tidak perlu pergi jauh mencari contoh, lihat sahaja Afghanistan yang masih belum stabil pasca perang, sudah ada istana-istana mewah milik ‘saudagar ikan!’.

 


Tindakan

Information

2 responses

30 04 2008
houri

situasi di Malaysia juga sama.
harga barang semakin meningkat.
sebagai contoh harga beras.
sekarang harga beras Siam mahal, jadi rakyat memilih beras buatan Malaysia.
harga beras Malaysia naik mendadak.
tapi yang peliknya petani-petani tetap hidup susah.

4 05 2009
9523

yea ker WANTED??!!dah 2 850 000 000!!! Euro lg 2? leh caya ke nih!!..hehehe, ke rupiah jer..heheh, jgn marh haaa!!..Slm ukhuwwah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: