Kebebasan bersuara?

25 04 2008

Tidak lama dahulu, apabila Denmark dan Perancis ‘bermain api’ dengan umat Islam, dunia barat menyifatkan umat Islam jumud dan berfikiran tertutup.

Tetapi, apabila Ibrahim Dabbashi dari Libya menyamakan tindakan Israël di Palestin dengan tragedi Holocaust, ini pula tindakan diplomat, yang sepatutnya menjadi yang pakar dalam berdiplomasi.

Siapa lebih yang jumud dan berfikiran tertutup?

Atau mereka memprotes perumpamaan wakil Libya; Holocaust tidak sama dengan Palestin.

Holocaust diragui kewujudannya, angka 6 juta juga dipertikaikan.
Sedang kekejaman Israël di Palestin memang sudah terang lagi bersuluh!

___________________________________

Palestin: Barat ‘protes’ Libya

NEW YORK 24 April – Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggambarkan nasib rakyat Palestin di Genting Gaza tidak ubah seperti penderitaan kaum Yahudi semasa peristiwa Holocaust pada zaman rejim Nazi Jerman.

Duta-duta negara Barat ke PBB yang melenting dengan kenyataan itu bertindak meninggalkan perbincangan di Majlis Keselamatan PBB semalam sebagai tanda protes.

Menurut diplomat, kenyataan tersebut dibuat dalam satu ucapan oleh Timbalan Wakil Tetap Libya ke PBB, Ibrahim Dabbashi yang juga bergelar Duta.

“Duta Libya membandingkan situasi di Gaza dengan Holocaust Nazi,” kata seorang diplomat Barat yang menghadiri satu perbincangan di Majlis Keselamatan mengenai Asia Barat.

Selepas kenyataan itu, duta-duta Barat bangun dan meninggalkan dewan sebagai protes, katanya.

Antara ketua diplomat yang meninggalkan dewan ialah duta-duta Amerika Syarikat (AS), Perancis, Britain, Belgium dan Costa Rica, kata diplomat.

Ibrahim membuat komen tersebut semasa perbincangan mengenai draf kenyataan tajaan Libya dan beberapa negara lain bagi melahirkan kebimbangan mendalam tentang situasi kemanusiaan yang getir di Gaza.

Duta Afrika Selatan, Dumisani Kumalo selaku Presiden Majlis 15 anggota itu menangguhkan sidang selepas protes tersebut.

Beliau memberitahu wartawan, Majlis sekali lagi gagal mencapai persetujuan dan akan kembali menangani isu tersebut kemudian.

Pegawai Britain, Karen Pierce berkata: “Sebilangan anggota Majlis kesal dengan pendekatan Libya dan tidak percaya kenyataan sedemikian membantu proses damai.”

Protes seumpama itu terhadap negara anggota lain di Majlis Keselamatan jarang-jarang berlaku, kata diplomat.

“Kami cuba bertoleransi apabila menghadapi pandangan berbeza, tetapi ada batasnya,” kata seorang diplomat.

Israel pada Januari lalu menutup pintu sempadannya dengan Genting Gaza sebagai respons terhadap serangan roket pejuang Palestin ke selatan Israel.

PBB telah memberi amaran penutupan itu mengakibatkan krisis kemanusiaan bagi 1.5 juta penduduk Gaza yang kebanyakannya bergantung kepada bantuan asing.

Enam juta orang Yahudi dilaporkan dibunuh secara sistematik oleh rejim Nazi Jerman pada peristiwa Holocaust semasa Perang Dunia Kedua.

– Reuters


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: