Isytihar harta untuk elak rasuah?

5 05 2008

Itulah tajuk akhbar hari ini; cadangan mewajibkan para pemain dan jurulatih liga tempatan mengisytihar aset masing- masing sebagai langkah membendung gejala rasuah.

Membendung gejala rasuah?
Betul ke?

Meragukan. Adakah itu cara terbaik untuk membendung?
Nampak gayanya, kita sentiasa memilih untuk mengubat daripada mencegah.

Dengan pengisytiharan harta, apa yang kita dapat hanyalah mereka yang kaya-raya, mungkin kerana menerima rasuah.
Itupun perlu disiasat lebih panjang kerana mungkin pemain atau jurulatih berkenaan meniaga MLM atau burger!

Pada pandangan penulis, adalah lebih logik untuk mewajibkan, atau memantau pembayaran gaji pemain untuk ‘membendung’ gejala rasuah.
Kerana pemain biasanya bermain untuk menang.

Tetapi pemain juga bermain secara professional untuk menyara hidup; sewa rumah, makan anak bini, ansuran kereta, dll.

Malang sekali ada yang tidak dibayar gaji, atau terlampau banyak tunggakan, dan pemain ‘terpaksa’ menerima rasuah…

APA yang pasti, pemikiran dunia ketiga FAM semakin kronik!

Berita penuh:

Isytihar harta – FAM

 

 

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang mewajibkan para pemain dan jurulatih liga tempatan musim depan mengisytihar aset masing- masing sebagai langkah membendung gejala rasuah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, pengisytiharan harta itu akan dimasukkan sebagai salah satu syarat kontrak, termasuk pemain import.

Menurut Azzuddin, ia bagi menilai kemampuan hidup seseorang pemain dan gaya hidup yang diamalkan, sesuai dengan aset yang mereka miliki.

”Cadangan ini merupakan antara langkah yang kita akan laksanakan bagi membendung rasuah dalam liga bola sepak tempatan.

”Menerusi pengisytiharan aset itu, kita dapat menilai apakah gaya hidup pemain sepadan dengan pendapatan atau aset yang dimilikinya.

”Jika dalam sesebuah pasukan, ada pemain yang secara tiba-tiba menjalani hidup secara mewah, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

”Jika ia berlaku, kita berharap pegawai pasukan terbabit supaya membuat laporan kerana dibimbangi ia mungkin disebabkan rasuah

”Selain pemain, jurulatih juga diwajibkan mengisytihar aset kerana gejala rasuah yang menggegar bola sepak negara pada pertengahan 90-an, turut melibatkan golongan tersebut.,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Beliau mengulas beberapa pemain dari pasukan Liga Super yang keterangan mereka diambil baru-baru ini kerana disyaki mengatur keputusan perlawanan.

Azzuddin berkata, setakat ini belum ada penahanan baru pemain yang disyaki rasuah.

Namun, katanya, FAM sedia memberi kerjasama jika pihak berkuasa mahu menyiasat pemain yang disyaki.

”Kita akan memberi kerjasama jika pihak berkuasa mahu mendapat keterangan termasuk pemain yang sedang mengikuti kem latihan kebangsaan.

”Cuma kita harap, tindakan menyoal atau mendapatkan keterangan daripada pemain tersebut hendaklah dijalankan selepas tamat sesuatu kejohanan,” katanya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: