Apa khabar bakal Jenazah?

23 01 2010

“Assalamualaikum,
Apa khabar bakal-bakal jenazah sekalian?”

Sekadar ingin berkongsi mukadimah Kursus Tajhiz Jenazah hari ini.
Sekadar mukadimah, kerana anda mungkin lebih arif dengan pengisian Kursus sebegini.

Sangat menarik untuk mengutarakan hakikat bahawa kita, saya dan anda sekalian, bakal bergelar jenazah atau arwah atau Allahyarham, pada bila-bila masa.
Mungkin hari ini, mungkin esok, atau lusa. Wallahua`lam.

Mungkin ada yang bertanya, setelah sekian lama menghilang, kenapa isu jenazah yang diutarakan?

Jawapan saya, sebagaimana yang kita selalu dengar hari ini – Law of attraction, yang manteranya sentiasa diulang-ulang; “Start with the end in your mind.”

Hidup kita hujungnya mati. Dan kita sentiasa mendambakan Husnul Khatimah, mengimpikan syurga Firdaus – itulah matlamat kita.

Dalam Visi kita mengejar Ridhwanullah dan Firdaus, misi kita ialah melakukan yang terbaik dengan segala modal yang kita ada. Bak kata hukama’, “Cukuplah mati sebagai ingatan!”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: